Tempat tinggal sementara , DPP Bank Rakyat

Author: aiman mania | Publish 9/18/2014, 23:51 | There is 99 Comment[s]

Assalamualaikum..
Harus aku akui.Aku lelaki yang mementingkan kekemasan dan kebersihan dan kadang - kadang boleh jadi manusia pengotor dalam sekelip mata.Bilik kemas dan bersih cukup membuatkan hati yang lara tenang serta merta ditambah lagi di belakang bilikku terdapat satu masjid yang selalu mengalunkan zikrullah yang mendamaikan hati.Dalam kedamaian itu , ada jugak hari - hari dimana aku terlewat sembahyang subuh disebabkan kebelakangan ini suhu di Bukit Kachi iaitu tempat aku menginap sekarang hampir - hampir menyamai suhu di Kota raya London !

Nah!perenggan pertama tak ubah seperti gaya novelis yang sedang menyusun bait - bait ayat yang kemain hiperbola ! Tapi , itulah realitinya.Oh ya!DPP stands for Dewan Penginapan Pelajar as known as hotel .


Walaupun orang kata UUM tidak ubah seperti kampus dalam rimba , tapi , jangan kau tak tahu , landskap pemandangannya bertaraf lima bintang!Bila sahaja menjejakkan lagi , tidak rasa pon berada dalam hutan bahkan aku rasa aku berada di kaki bukit pergunungan Himalaya ! Lihat sahaja gambar yang dirakam DSLRku..dikelilingi bukit bukau subur menghijau dan dihiasi kabus tebal . Masya-Allah , pancaindera mataku menikmati lagi pemandangan cantik di sini dan menyoroti segala kejadian indah ciptaannya.


Gambar ini dirakamkan oleh rakanku untuk satu kontes fotografi.Lihat saja sudah membayangkan betapa cantiknya pemandangan!Tidak perlu terbang beratus - ratus kilometer untuk terbang ke Kundasang Sabah untuk ambik feeling ala - ala New Zealand..Cuma yang membezakan , hanya bila kau hirup udara dan kau hembus balik tidak akan  keluar asap.Tidak sama sekali!Kecuali engkau tuh seorang perokok tegar dan mungkin engkau sedang bersendawa.Itu lain cerita.Haahaahaaa :) 


Universiti Utara Malaysia..Sebuah Universiti pengurusan termuka yang merupakan salah satu kebanggaan Malaysia dalam arena pendidikan tanah air yang selalu  tersenarai dalam ranking top 10 universiti terbaik Malaysia..Walaupon kebanyakkan pelajar di sini rata - rata mengeluh dengan macam - macam hal , bersyukurlah kita dapat belajar dengan tenang dan selesa di bawah bumbung yang dapat kita berlindung dari terik matahari dan hujan renyai - renyai ...  DPP Bank Rakyat!Bila sebut sahaja nama kolej kediaman itu akan timbul pelbagai persoalan :

"Eeeeeee.....Tak susah ke hidup kau duk DPP tuh ?dahlah jauh dari kampus!"
"DPP Bank Rakyat tader citer hantu yang seronok - seronok ke?"
"Duk DPP bank Rakyat mesti susah sebab bas ulang - alik ke kampus pon asyik lambat"
"kau datang kelas lewat nih , mesti duk dpp bank rakyat kan?"

Tengok!Dah macam - macam pandangan negatif dilemparkan.Tapi bagi kami tidak menjadi masalah pon.Bak kata orang , alah bisa tegal biasa.Dah biasa dan boleh survive seadanya walaupon terletak 3KM dari kampus utama! Gelanggang futsal dan sepak takraw turut disediakan bagi engkau student yang suka mengamalkan amalan hidup sihat dengan beriadah!Aku?Aku suka duduk terperap dalam bilik sambil mengadap laptop. TITIK !


Sampai sahaja di hostel pada 5/9/2014 yang lalu , setelah dapat kunci bilik , aku berhempas - pulas mengemas bilik yang ditinggalkan hampir tiga bulan lamanya.Habuk penuh hampir di setiap pelusuk penjuru.Mambang - mambang mungkin ada.Bukan Susilo MAMBANG yudhoyono pleaseeee.Tapi , ada sedikit peNAIKTARAFan !Dinding putih melepak mengalahkan muka model yang disaluti bedak 3 Cm yang apabila dikepuk akan berjerebu satu Malaysia.Suasana bilik yang sebelumnya suram kembali ceria.Tengoklah bila kita!dah macam hotel tiga bintang ditambah lagi suasana yang romantik apabila hanya lampu study sahaja dibuka.Ehem!


Syukur.Bilik masih sama dan roomate juga masih sama.So tidak menjadi masalah nak adopt dengan suasana.Saiz bilik sederhana tapi sudah cukup selesa bagiku dua orang berkongsi satu bilik.Kalau dibandingkan dengan universiti lain , Universiti Utara Malaysia paling hebat sebab semua pelajar akan disediakan kemudahan penginapan sampai habis kau belajar.Kalau universiti lain , pelajar - pelajarnya akan berpeluang duduk di hostel hanya pada sem 1 dan sem 2 ...Semester seterusnya kau kena cari rumah sewa lain dan terpaksa berkongsi rumah sewa dengan 7-8 orang.Terima kasih UUM walaupon engkau bukan pilihan utamaku semasa isi borang UPU!


Almari pulak,walaupon almari ini almari kayu dan kelihatan amat klasik tetapi it's still okay.As long as it can be used , no problem ..Asalkan boleh campak kain baju pon jadilah!It's okay..It's okay , baby dont keraiiiiiiiiiiiiii :)



Buku -buku tak usah dibiarkan berselerak di atas meja , jom ramai-ramai kemas buku atas rak!Permulaan semester memang akan kelihatan buku - buku tersusun rapi mengalahkan ensiklopedia tersusun di atas rak di perpustakaan Negara Malaysia.Tapi , lihat nanti bagaimana penangan final exam yang akan menyebabkan situasi huru - hara macam bela lima ekor gajah Thai dalam bilik!
Ini sedikit-sebanyak review yang boleh dibuat tentang hostel tempat tinggalku di UUM.Akan menyusul pula aktiviti - aktiviti menarikku di kampus.Nanti kita cerita banyak - banyak!

 setiap yg mula akan ada pengakhiran. jika penceritaan ada pendahuluan,maka haruslah ada penutupnya. jika dunia ada kehidupan maka adalah kematian. hidup hanya sementara. gunakanlah dengan sebaiknya !

Thank You for reading!sampai kita berjumpa lagi..Adios~


The Versatile Blogger Award

Author: aiman mania | Publish 9/08/2014, 00:25 | There is 67 Comment[s]

Assalamualaikum..
Disebabkan susahnya nak datang idea untuk create entry baru , today , i decide to challenge myself to fulfill my friend blogger's request , SITI NURZAFIRAH  to join the most exciting activity that we called THE VERSATILE BLOGGER AWARDS!Thanks a million for nominated me , Such a big honor!




First at all , let me introduce you the pre-requisite that you need to follow to accomplish this mission!


✔ Thank the person who nominated you.
 ✔ Provide a link to the person's blog.
 ✔ Write 7 facts about yourself.
 ✔ Nominate 15 bloggers of your own and tell them.

Syarat pertama dan kedua dah aku penuhi dan syarat ketiga dan keempat akan menyusul kemudian!


FAKTA PERTAMA : Aku pernah berak dalam kelas

Kejadian sadis ini berlaku ketika aku berada di tingkatan satu dan masih aku ingat lagi ketika itu guru Bahasa Inggeris tengah mengajar.Disebabkan terlalu sakit perut aku minta izin ke tandas.Sewaktu di tandas , tetiba aku panik!Tali pinggang yang kupakai tidak boleh dipecat sedangkan bahan tinjaku meronta - ronta mohon disingkirkan segera.Dalam keadaan menggelabah , tanpa aku sedari benda alah itu sudah pon keluar.Meleleh - leleh!Hampir sejam aku meringkuk dalam tandas tunggu seluar sekolah yang aku basuh kering!tapi,tak kering - kering hinggakan classmate datang cari aku.Sampai di depan pintu kelas , aku dengan lurus bendulnya berkata "Teacher , saya berak!" disusuli gelak tawa manusia yang menganggap perkara itu lucu sedangkan aku malu T_T


FAKTA KEDUA : Lelaki , tetapi tak pandai main bola dan tak suka bola

Dah jadi sinonim , Lelaki dan bola berpisah tiada.Tapi , maaf itu bukan aku.Bagi mana - mana wanita yang menyenaraikan ciri - ciri lelaki idaman mereka yang suka main bola , dah sah - sah aku direject bermati - matian .Tapi , kalau sukan guna tangan such as Badminton dan bola tampar itu aku reti tapi lama dah tak main!

FAKTA KETIGA : Kepala gila - gila 

Harus aku akui , perwatakkan aku yang satu ini hanya terhad kepada mereka yang tertentu untuk situasi tertentu sahaja.Bila bosan datang , aku suka kacau orang.Semakin orang tuh marah , semakin suka aku menyakat .Makan maki - hamun tak apa , asalkan hati rasa puas bila tuntutan nafsu "gila-gila" dipenuhi.Aku penghidup suasana dengan telatah lucuku hinggakan bila aku tiada ,  kawan - kawan akan  rasa kehilangan. "Hurmmmm..tak sedaplah kalau Aiman takder"

FAKTA KEEMPAT : Suka subjek Bahasa Inggeris

Harus aku akui , masa sekolah rendah bahasa inggeris paling aku benci sebab kalau cikgu suruh tulis karangan tak sampai 120 patah perkataan memang wajib cikgu akan komen banyak - banyak aku punya writing skills!Kat kertas tak payah cakap lah.kadang - kadang , tulisan cikgu lebih banyak drpd tulisan aku.Lepas tuh , slow - slow aku mula belajar bahasa inggeris dngan tekun sekali.Alhamdullilah , dr UPSR hingga SPM aku dapat skor A dengan jayanya dan pernah bercita - cita nak sambung study dalam bidang TESL tapi tidak kesampaian.

FAKTA KELIMA : Pernah membuli dan dibuli 

Masa form 1 , aku seorang pembuli tapi dalam masa yang sama aku turut dibuli!Aku selalu kacau budak lelaki yang duduk sebelah menyebelah dengan aku.Zahir dan batin aku dera!Kadang - kadang aku cubit , lempang , penampar dan  kasi penumbuk sampai menangis - nangis.Dia tak melawan sebab tuh aku suka buli dia.Ada satu hari , aku demam teruk!Datang seorang kawan rapat yang juga seniorku menghalakan punggungnya lalu melepaskan kentut dimukaku . Ubat demam katanya.Sekarang , dah kahwin pon beliau!

FAKTA KEENAM : Skor 8A's 1B dalam PMR

Bukan nak membangga diri , apatah lagi menyeret sekali perasaan riak , takabbur , ghurur , sombong dalam diri.Ini kejayaan yang aku tak jangka sama sekali.Walaupon nama aku ditarget sebagai pelajar cemerlang sebelum PMR bermula tapi aku ragu - ragu , bolehkah aku cover semua 9 subjek?gembira bukan kepalang bila dapat panggilan telephone mengatakan yang aku best student PMR tahun 2008 SMK Renek!Hasilnya , aku mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan berpeluang untuk menhadiri temuduga BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA , tetapi , tidak berjaya .Kesudahannya , TELEKOM sudi untuk menawarkan scholarship dan aku terima dengan penuh rasa syukur!

FAKTA KEENAM : Pelajar jurusan Perbankan di Universiti Utara Malaysia

Untuk aku sampai ke tahap dimana aku berada sekarang , teramatlah sukar!Banyak kegagalan yang aku hadapi.Banyak dugaan yang terpaksa aku harungi.Banyak kesulitan yang aku tempuhi.Inilah pengalaman!Pengalaman yg sukar dijual beli sepanjang bergelar penuntut ilmu.Ingat lagi , masa STPM belum bermula , aku bermunajat,Aku berdoa dalam diam seusai solat.Aku ulang , ulang , ulang dan ulang saban hari

"Ya Allah!jika tiada rezeki aku dalam bidang sains yang aku idamkan , engkau berilah peluang untuk aku dalam bidang ekonomi , perbankan mahupun perakaunan"

See!Doaku diterima Allah.Permintaanku dikabulkan.Doa perlu diungkapkan dengan sespesifik yang mungkin!Oleh itu kawan - kawan jangan putus asa dalam doa .Jangan putus asa dalam memburu rahmat dan redhanya!sama - sama kita usahakan!moga Allah redha!

Dengan selesainya fakta ketujuh itu tadi , maka , sempurnalah misi THE VERSATILE BLOGGER AWARDS .Sekali lagi terima kasih banyak - banyak kepada blogger SITI NORZAFIRAH kerana sudi memberi peluang kepada diriku untuk menyertai segmen sebegini.Dapat juga aku berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekangkang kera dengan para readers.Saya berbesar hati ingin menjemput bloggers The white lily , Cik Mimie , Cik Nadyya , Mama Niza , Azwar Syuhada , Ana Lee , Teja Evalea , Noona Artiqa , Jari Manis , Ieka Farhana , Mardiah mardiana , Hajar Rash's , Scha Nazri , Sweet Pea , Fatin Shahirah , Sally Samsaiman .

Korang dah tahu perwatakkan si penulis blog , takkan korang nak tahu rupa dia plak kan...nah!I kasi dua gambar bonus :0


Addeihh As!Ko punya gambar..



Tader kena mengena dengan budak tuh . Jauh sekali ada tali hubungan cintan - cintun . Mohon dijauhkan lah...!HAHAHAHAHAHA :D

Jurnal Kesyukuran

Author: aiman mania | Publish 9/04/2014, 05:57 | There is 50 Comment[s]

Assalamualaikum..
SYUKUR hari ini,sudah dilafazkan?Bukan kena bayar pon,heehee...Gerakkan mulut dan lidah sikit dan cuba perlahan-lahan sebut "Alhamdullilah"..Buat je..

Ya Allah , Aku bersyukur dengan nikmat
.......................................................................................
...............................................................
....................................
(SENARAIKAN DENGAN SPESIFIK)

Ya Allah , Aku bersyukur dengan nikmat
.........................................................................................
.............................................................
....................................
(SENARAIKAN LAGI)

Sebut dan sebut.Hayati tau?Tanpa sedar air mata menitis.Kerdilnya kita disisi Allah.Bila buat baru kita sedar kita manusia berstatus hamba disisi Allah yang tak punya apa-apa.Bila  buat baru kita tersedar yang kita manusia yang selalu alpa dengan pemberiannya.Tak malukah kita?Sudahlah hamba hina dina tapi tak tahu bersyukur dan berterima kasih.


Alhamdullilah..Masih dipanjangkan umur untuk menaip entry mengisi cuti semester yang masih berbaki kira-kira seminggu dari sekarang.Cuti lama-lama bosan juga.Jasad di rumah,tetapi,hati di UUM tercinta.Syukur kerana Allah tiupkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Masa yang banyak terluang mendorong aku untuk membuat muhasabah diri , merenung orang-orang sekelilingku , berfikir sedalam-dalamnya tentang hikmah apa yang Allah jadikan aku seperti hari ini.Syukur untuk itu semua..

JURNAL KESYUKURAN 1: ADIK DAPAT LESEN KERETA


Selasa,19 Ogos 2014;22 Syawal - Pagi-pagi lagi aku minta izin dengan mama nak temankan adik pergi test lesen kereta dekat pusat latihan memandu , PIMA Academy.Ma pada mulanya agak keberatan tapi,last - last kasi lampu hijau dengan alasan kat sana nanti aku boleh bacakan Yaseen kasi adik hilang gementar nak test kereta nanti.Ketahuilah , ini alasan "PA . WAU . YA . WAU" atau Poyo yang aku reka semata-mata sekadar nak menyedapkan hati ma.Oooppsss!Mana tidaknya aku bersyukur sebab ini kali ke-5 adik aku pergi test lesen kereta setelah gagal berkali - kali.Kali ke-5 barulah menjadi.Adik yang dapat lesen,aku pulak yang gembira lebih - lebih.At least doaku termakbul.Itulah!!Derhaka lagi kat abang kau.Derhaka kat orang yang lebih tua susah nak pass exam woiii ... :3


JURNAL KESYUKURAN 2 : GADJET PILIHAN HATI


Bukan sehari dua ,tapi,dah lama aku mengidam nak ada kamera sendirik.Ini bukan calang - calang kamera kawan - kawan , tapi , ini kamera jenis DIGITAL-SINGLE-LENS REFLEX CAMERA atau nama kontotnya DSLR.Bukan senang nak pujuk Datin Halimah iaitu mak kita sedirik nak suruh sponsor beli kamera nih.Hasil duit ibunda dan aku sikit -sikit , maka , dapat jugaklah aku jadi photographer picisan.Aku beli DSLR pon sekadar suka - suka jer.

Dulu , sempat jugaklah masa semester 1 kat UUM , aku guna notebook kecik lengkap dengan pakej - KEYBOARD ROSAK!Nak menaip assignment laju - laju pon jadi tak tentu arah.Nak check portal pon terpaksa pinjam roomate punya laptop.Mula - mula rasa malu . tapi , bila dah lama - lama , muka jadi lain macam tebalnya.Kadang - kadang main rembat je.Dasar muka tak malu!heeheehee..Naik je semester dua pujuk Bos suruh beli laptop cap epal....Alhamdullilah..Bos perkenankan hajat.Tapi,bukan laptop cap epal tapi laptop warna merah macam epal jenama ASUS.




JURNAL KESYUKURAN 3 : BERGELAR MAHASISWA AKHIRNYA!



Al-kisahnya,pada suatu pagi yang hening seingat aku.Usai sahaja bacaan Al-Quran bersama kawan-kawan,guru kelas masuk.Kelas dimulai dengan doa penerang hati disusuli dengan perbualan santai antara guru dan pelajar - pelajar.Entah macam mana aku boleh terlanjur cakap.


"Saya nak pergi Korea cikgu!amik Banking!"


Fuhhh!Kemain lantang ayat keramat tuh meluncur laju tanpa disuruh - suruh sebab time tuh kemaruk

K- Pop tak habis - habis.Sampai sekarang , bila member - member buat mini Reunion kat sekolah , cikgu pasti akan tanya yang berbunyi lebih kepada sindiran :'(

"Aiman Boleh pergi sambung belajar kat Korea tak?"


Secara zahir , orang lain tengok aku boleh lagi senyum - senyum bila diajukan pertanyaan sebegitu , tetapi , dalam hati mau sahaja aku membidas memulangkan paku buah keras.


"Boleh aja cikgu..KPM hantar saya belajar kat TOKYO! sinTOKYO , Kedah , UUM!!!"


Apalah Aiman nih!Cikgu nak bergurau je,aku pulak yang hangin..Hahahahaha..Alhamdullilah..Walaupon UUM bukan pilihan yang paling utama,aku still boleh enjoy life aku as a student kat sini seadanya.Walaupon study ditemani monyet - monyet dikelilingi hutan rimba dan bukit bukau , aku tidak lupa menitipkan kesyukuran.Alhamdullilah!Kos ini bukan kos lelong..Bukan kos cap ayam!Bahkan menjanjikan kerjaya professional suatu hari nanti.Ya!Inilah semangat bakal pemegang ijazah BACHELOR OF BANKING WITH HONOURS yang bakal jadi jenazah.. :')


Ya...Surat tawaran sambung belajar ke Universiti Utara Malaysia selepas berhempas pulas menempuh peperiksaan awam,STPM.Syukur doa diterima Allah untuk mendalami bidang PERBANKAN


JURNAL KESYUKURAN 4 : LULUS TEMUDUGA AIESEC

Korang pernah tak merasai betapa gementarnya saat - saat ditemuduga , lebih - lebih lagi pergi dengan tiada persiapan rapi?....Ya!Aku pernah merasai saat - saat ngeri sebegitu!Oh ya!Sebelum aku terlupa mari aku perkenalkan apakah AIESEC itu..Bunyi macam sedap je..

Nama Universiti ? Bukan!
Nama kolej swasta ke?eh!eh!eh!tu pon bukan

Setakat pengetahuan aku yang hanya secetek air longkang belakang rumah , AIESEC nih adalah satu organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bukan main hebatnya!Menariknya,program di bawah kelolaan AIESEC nih melibatkan pertukaran pelajaran di dalam dan di luar negara.Ini bukan sebarang exchange!Bila kita setuju untuk mengadakan exchange student , ini bermakna kita akan bekerja di luar negara.Bekerja?Bunyi macam menggerunkan!Bekerja di sini bermaksud kita akan melakukan projek - projek berbentuk kemanusiaan sambil melancong di negara orang.
Sebelum cuti semester hari tuh , aku bercadang ke Jodhpur,India di bawah program AIESEC.Projeknya simple jeee..Snap - snap  pic  dan promote tempat - tempat menarik kat sana ke serata pelusuk dunia melalui exhibition or poskad!Setahu aku , Jodhpur ni memang kaya dengan ketamadunan , kesenian , kebudayaan dan keagamaan terutamanya agama Hindu.Kalau korang nak tau,AIESEC nih hampir semua negara kat dunia ada.In short , AIESEC merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat global dan mesra komuniti.Kat Malaysia,AIESEC hanya bertapak di 12 buah universiti je,iaitu :

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia(UPM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
  • Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
  • Universiti Malaya(UM)
  • Universiti Malaysia Pahang(UPM)
  • Universiti Teknologi Petronas(UTP)
  • Taylor's University , Subang Jaya
  • University Of Nottingham
  • SEGI University College,DAMANSARA
  • Curtin University
Sambung lagi........Senior cakap , kalau dapat sijil AIESEC memang sah pelajar tuh bila graduate universiti dengan result bagus - bagus punya masa depan yang cerah dalam pasaran kerja nanti.Apa-apa pon rezeki terletak di tangan Allah.Alhamdullilah..Aku bersyukur aku lulus walaupon sedikit gementar bila ditemuduga 100% dalam bahasa Inggeris!

Antara negara - negara yang mnyertai NGO AIESEC!Israel terkecuali  :)


JURNAL KESYUKURAN 5 : SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKU BERUBAH


Dulu , memang aku akui aku memang hamba Allah yang teruk.Teruk segala - galanya!!Mungkin selama ini aku lupa..aku leka...Allah tarik balik nikmat yang dipinjam buat aku insan yang mungkin kufur nikmat & tidak bersyukur.Bertitik tolak dari kegagalanku menamatkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak aku tersentak dan baru aku tersedar.Ya!Aku sudah banyak tersasar dan terpinga - pinga mencari jalan pulang.Bertitik tolak dari kegagalan itu , aku mulakan setapak demi setapak untuk bangkit kembali.Aku mulakan perlahan - lahan dengan membaiki semula hubungan dengan sang pencipta.Tapi , Aku tidak berani mengatakan aku 100% berubah.Apabila aku katakan aku sedang berubah , kadang - kadang diri ini terbabas jua.Apa yang aku perasan hidup aku berubah sedikit demi sedikit.Alhamdullilah..Kini , aku lebih tertarik dengan hal - hal bersifat keagamaan dan kerohanian.Hati jadi tenang dan aku mula rasa terinspirasi dan termotivasi secara automatik bila menelaah buku - buku keagamaan yang tidak lari dari konsep ilmiah!

Bagaimana dengan K-POP?Ya!Harus akui minatku yang satu ini makin lama makin surut.
  • Kalau dulu beli Metro Ahad semata-mata nak baca pekembangan artis Korea,sekarang tidak lagi.
  • Kalau dulu , update blog asyik nak pasal artis Korea je memanjang,sekarang tidak lagi
  • Kalau dulu , tiap -tiap bulan WAJIB beli majalah  epop,sekarang tidak lagi
  • Kalau dulu nak tiru style K-POP je,sekarang tidak lagi.
Kalau ya pun aku ada kaitan dengan semua ini , jujur aku katakan , itu hanyalah minat yang sekadar melepaskan batu di tangga!Aku tidak sefanatik dahulu.Mungkin fikiranku sdikit matang kukira.Melihat rakan-rakanku yang sekepala gila - gila denganku mula berhijrah , aku jadi terikut - ikut.Mereka boleh mengapa aku tidak??Orang kata jangan tutup kemas - kemas buku lama apatah lagi dibuang kerana ada masanya perlu dibaca sebagai peringatan di hari muka dan sebagai tanda kita sudah lepas dari fasa kegelapan.Yang berlaku sudah pon berlaku,tak dapat diundur semula dan hampir mustahil boleh diperbaiki satu - satu.Kita pernah jahil dulu.Kita masing - masing punya kisah silam.Kita pernah punyai hidup yang kelam dan serba suram.Berubah?Penghijrahan?Alhamdullilah... Tetapi , kawan - kawan kena ingat yang asasnya solat.Selagi solat 5 waktu tak dijaga rapi dan tidak dijadikan tunjang utama,asasnya akan rapuh!Yang kamu kata berubah itu tidak lama.Percayalah!Kunci berubah ialah solat.Insya-Allah mari kita usahakan sama - sama.

Salam Ukhwah Fillah abadan abada.Ilalliqa' !!

Thank You Reading My Entry ~