Short trip to Langkawi : Island hopping and Makam Mahsuri

Author: aiman mania | Publish 9/08/2015, 20:46 | There is 58 Comment[s]

Assalamualaikum..

Awal semester 4 kali nih, merupakan permulaan semester yang agak hebat sebab awal-awal lagi dah pergi serang Pulau Langkawi duk berjimba sakan walhal semester baru bermula.Hebat tak?Orang lain gigih "pergi pagi , balik petang" dari kelas,kiteorang have fun together macam tak ingat dunia.Aku yang pada mulanya rasa taknak pergi,sekali upload gambar travel berkeping - keping kat Instagram kasi kawan - kawan jeles.Mana taknya..Masa kat Langkawi aku dan DSLR bagaikan kawan karib berpisah tiada.Untung ada DSLR nih tau.Selain boleh buat bergaya,every moments that we share together can be captured just by one click!


Dari Jeti Kuala Perlis sampai ke Langkawi ambil masa kira-kira satu jam setengah dengan kadar bayaran RM18.00 Sehala.Masa tuh minyak tak naik harga dan GST pon tak dikenakan lagi.Heeheehee.Gurau sikit :)
Oh ya!Kiteorang pergi Langkawi under package percutian RM135 satu kepala-Including accomodation,Breakfast,kenderaan,dan aktiviti Island Hoping.Berbaloi jugaklah bayar mahal - mahal tapi satu jeee yang aku tak berapa berpuas hati.Penghantaran servis terlalu lambat.Tunggu akak yang handle kiteorang punya pakej dalam lebih kurang setengah jam jugak!Mana taknya!Every seconds in Langkawi is very precious for us sebab keesokan harinya kena gerak balik ke kampus.FYI , kiteorang pergi Langkawi secara backpackers dan yang paling sedihnya kiteorang ada masa lebih kurang 48 jam je di Langkawi sebab taknak ponteng kelas lama-lama.Terserlah kredibiliti pelajar cemerlang di situh :3


Untuk penginapan,kiteorang pilih Sandy Beach Resort.Sandy Beach Resort nih sangat selesa dan kedudukannya pon strategik di sepanjang laluan Pantai Cenang dan ada banyak kemudahan.Kedai makan kat area sini tak payah cakap.Berlambak-lambak okay hinggakan kalau ko bawak satu kampung pon ada lagi tempat kosong untuk "nomnomnom".Overall aku boleh katakan Sandy Beach Resort nih salah satu accomodation terbaik di Langkawi.Cukup dengan pakej.Bilik bersih dan tandas pon berkilat bright shine like a diamond :p Thank you dan tahniah staf - staf SB resort!
Lepas siap urusan check-in dalam pukul 11:30 pagi, kiteorang tanpa membuang masa pulas enjin kereta pergi ke Makam Mahsuri sebab pada sebelah petangnya pula,kiteorang ada aktiviti Island hoping and will have some sports water.


Bayaran masuk ke Makam Mahsuri sekarang dah naik.kalau dulu RM7.00 sekarang dah naik jadi RM10.00.Dimanakah silapnya?Apakah wajah - wajah kami memang foreigner look alike atau silap kami sendiri tak tunjuk identification card?Atau jika BENAR sekalipon tiket naik harga, apakah mungkin ini sebenarnya ambang bermulanya era GST ?hehehehe...

Sebenarnya Makam Mahsuri nih terletak dalam Kampung Kedah.Haaaaa.....Dalam kampung Kedah nih bukan ada Makam Mahsuri je tau..Tapi,korang juga akan jumpa rumah Panglima Itam,rumah Tok Penghulu dan Rumah Mahsuri.Dalam banyak - banyak rumah , Rumah Tok Penghulu besar sekali tau!Yang bestnya,korang boleh masuk sesuka hati jer dan takde kawasan larangan.Tapi,behave yourself.Tak ke naya kalau "Mahsuri" tuh ikut korang balik rumah.heeeeeeheeee...


Masa kiteorang pergi rumah Mahsuri , ada golongan mak cik - mak cik tengah berzanji dan berselawat.Pada mulanya,aku ingatkan ada mak yong ke apa.Kiteorang tak amik port sangat sebab dalam rumah tuh penuh orang dah macam kenduri kahwin gamaknya.Senibina dia lawa dan masih mengekalkan senibina melayu tradisional zaman silam.Kagum tetiba dengan bangsa sendiri yang menghargai warisan turun-temurun nenek
moyang hingga ke aku yang entah keturunan mana generasi keberapa masih lagi dapat melihat benda - benda klasik dan retro sebegini.


Daripada bersesak-sesak masuk ke Rumah Mahsuri,ada baiknya kita singgah sekejap di rumah Panglima Hitam.Aku tak tahulah kenapalah Panglima Hitam nih terlalu obses dengan warna hitam hinggakan rumah dia  pon dicat dengan warna hitam.Masa masuk dalam rumah ni , aku rasa macam masuk sauna sebab panas sangat dengan ruang rumah yang sempit.Mcam manalah Panglima Hitam nih boleh hidup.


Sekitar dalam Rumah Panglima Hitam.Besar manalah Tuan rumah nih sebab tengok katil macam kecik je.


Memperkenalkan Dari kiri - Lili , Na , Kak Emiqa dan Kak Ya.Dalam ramai - ramai seorang je orang Utara yang lain - lain ore pata timur - kelate dan Ganung kito.Umur sebaya tapi panggil kak sebab tahlahhh....dah terbiasa dengan panggilan sebegitu.Hangout sama - sama dan tak pernah miss walau satu member.Yang uniknya macam mana aku sorang je laki dalam group nih.Kadang - kadang bila hang-out geng - geng perempuan je yang drive.Aku yang tak pandai drive, duduk bersilang kaki macam boss.Epik sangat.

"Leman tak pandai naik keto , nok bowok bini lagu mano?"

Okay,bab laki ta pandai drive kereta ni isu sensitif!

Lepas penat - penat pusing Makam Mahsuri let's go pekena goreng pisang panas dan air kelapa fresh kat stall berhampiran!Kalau korang nak tau dekat Makam Mahsuri ada mak cik - mak cik jual minyak gamat dan barangan kraftangan.Wehhh!Kalau datang Langkawi jangan lupa beli ubat gamat banyak banyak bagi kat sanak saudara,jiran rumah sebelah dan sahabat handai.Jangan jadi macam aku yang sangat berkira bab - bab belanja.Pergi dengan tangan kosong,balik pon dengan tangan kosong.HAHAHHAA...Minyak gamat kat sini kemain murah sehinggakan kalau kau balik kat daratan semula kau boleh jual dua kali ganda beb!Tak ke ko boleh buat rumah besar macam Bill Gates jadi Usahawan minyak gamat berjaya?RM8 for 15 bottles.Kalau beli banyak mak cik - mak cik kat sini boleh je bagi diskaun.


Saya tak kenal mak cik , tapi , saya doakan mak cik murah rezeki  :D
Jom sama - sama kita memeriahkan industri Small & Medium Enterprise(SME) negara kita.Jangan kau pandang sebelah mata dengan keusahawanan kecil - kecilan kerana Pasaran Kecil Sederhana(PKS) inilah penyumbang terbesar dalam survival ekonomi negara!Pernah dengar tak berita sepasang warga emas buat kuih pau sampai kuih pau diorang popular kat London?Itu satu contoh usahawan yang berjaya!Beli barangan buatan Malaysia , lagi-lagi nilai mata wang negara kita sedikit drop.Baru nih aku pergi Wang Kelian kat Sempadan Thailand.Orang Thailand pon dah refuse nak terima duit kita. T_T


The scenery is very beautiful like ever!Walaupon matahari tegak terpacak atas kepala,tapi,Aktiviti tetap dijalankan.Kat sini tak payah nak cakap apa.Mat Salleh everywhere.Masa nak naik bot tau,ada sorang kakak nih amik gambar kiteorang one by one.Dalam hati "Baik gila akak nih amik gambar kiteorang,nak masukkan dalam blog dia la tuh".Lepas habis je Island Hoping,terus ditariknya kiteorang.Oh!patutlah..Baik ada makna rupanya.Disuruhnya kita beli gambar kiteorang yang diprint atas piring.heeheeheehee..Sebagai seorang yang sangat berkira bab-bab belanja aku blahhh gituh jer malas nak amik port sangat.Jahat gilo aku nih.Yalahh!Piring ada gambar kito bukannya boleh buat kenyang perut pon.Lainlah kalau depa cakap "beli benda nih,percuma satu set family KFC selama 7 keturunan".Sapa tak mau.


Pulau Langkawi tuh kan cantik.Dan aku pulak minat Korea.Kagum sangat dengan keindahan Pulau tuh, mulut aku ter-sebut "kiyowo~kiyowo~" Banyak kali jugak ajet ajet pelancong obersi(baca:oversea) dari Korea.Lepas tuh,ada seorang amoi nih berpaling ke arah aku.Serentak aku bertanya "Are you Korean?" "Yesss!yesss...I'm from Korea" Sejurus lepas tuh,kiteorang pon greet dia secara serentak "Annyonghaesayoooo~~!!"Dia gelak - gelak sambil angguk-angguk kepala.Kagum barangkali!Kami namakan dia "Kim Eugene" sebab nama tuh sesuai sangat dengan rupa dia yang lawa,wangi dan dia punya english banyak bagus.Wakakkaaka...For the first time,aku jumpa orang Korea yang baik hati macam dia.Dengar dia cakap dah macam tengok Running Man secara live.Macam Song Ji Hyo pon ada.

Dan tak lupa juga..Selain pelancong Korea, kami juga satu bot dengan pasangan warga Holland.Sweet gituh.Aku agak mungkin diorang pasangan suami isteri dalam mood bulan madu.Dalam bot tuh,Kalau diorang tak faham penerangan dari driver boat,kiteorang lah yang jadi tukang translate.Kiteorang kan student.. :)


First destination ialah Pulau Dayang Bunting.Kagum aku tengok punyalah cantik Allah cipta.Kalau korang perasan, Pulau Dayang Bunting nih menyerupai wanita yang mengandung.Cakap pasal Dayang Bunting aku ada cerita lucu.Punyalah susah Kim Eugene dan dia punya kawan nak identify pulau yang berbentung orang mengandung nih.Ambil masa jugak kiteorang nak fahamkan dia.Lepas tuh

"OOOOOOOO.......I think the big one is Boob...Omaigod!At first I think she have a really really big boob...eotoakke...Neomu neomu chincha"Dia dengan kawan dia gelak-gelak.Apalah mindset si Kim Eugene nih..Boleh tahan dia punya fantasi!Lempar masuk laut baru tau.


Jangan buat - buat tak tahu.Kat Pulau Dayang Bunting banyak aktiviti riadah yang ko bole buat.At first,aku pon rasa "ehhh...bosannya!Takkan tengok-tengok,jalan jalan cuci mata je?"
Kat sini bukan sekdar cuci mata tengok Mat Salleh hot,burung-burung,kera-kera je,tapi,ada perkidmatan sports water kepada engkorang yang berminat nak rasa satu kelainan bila bercuti.Salah satunya seperti gambar di atas.Tentang bayaran aku tak pasti sebab aku takder hati langsung nak try,sebab aku kan kedekut kan?Haaahaahaa...


Kalau ada bawak duit lebih boleh sewa benda alah nih.Btw,pernah dengar tak,kalau susah nak hamil boleh cuba minum air Tasik Dayang Bunting.Betul ke?It seems like a mitose for me.Tapi,alang-alang dahaga habis jugak sebotol aku teguk Air Dayang Bunting nih.Mana tau aku mengandung lepas ni.Heh!Rasa dia tawar dan ada sikit-sikit macam payau.Kawan tanya , "mu nih Leman,tak takut ke air nih campur dengan air kecing Mat Salleh..Bahayo sunggoh mu nih!" Buat muka toya and cakap dalam hati kuat-kuat "Donno...don't care!"..Kiteorang just amik gambar je kat sini,tapi,kalau nak cuba mandi and try sports water dipersilakan..


Bergerak ke destinasi seterusnya,Eagle Feeding.Sempat pulak aku tangkap gambar dari dalam bot ,mother and her cute son.Kiteorang jumpa budak tuh kat Pulau Dayang Bunting dan terus nak amik gambar sebab budak laki tuh comel gila macam kembar tiga Korea yang popular tuh , Daehan,Minguk and Manse.
Dengan chubbynya,dengan rambut mushroom-style, dan innocent sapa tak geram kan?Pelik aku.Mak dia macam chinese dari China dan ayah dia plak Arab.Wahhhhh...patut anak dia comel.Anak pon CHINARAB (China + Arab)..heheehehe..


Masa kat Eagle-feeding nih,aku kagum sampai ternganga mulut tengok pemandangan yang sangat mempersona.Epik sangat.Tak sia-sia bayar pakej mahal - mahal tengok ciptaan Allah yang maha esa.Tak pernah aku rasa setenang dan sedamai ini.Ye benar!Tengok laut kan dapat pahala.Teringat ceramah Dr. Fadzilah Kamsah.Kalau nak hati tenang tengok hidupan lain.Tengok batu,tengok haiwan peliharaan,tengok bunga....Sebab apa tengok benda benda sebegitu hati rasa tenang?Sebab hidupan hidupan itu suci dari dosa dan sentiasa berzikir kepada Allah,The creator!Allahuakhbar...Rasa nak tengok Kaabah depan mata dan panjatkan doa dan sembahyang sekhusyuk-khusyuknya!Doakan aku ye,satu hari nanti.


Next destination is Pulau Beras Basah.Suka sangat la tuh tengok Mat Salleh tengah berjemur.Pandai-pandailah kau jaga mata bila berada kat tempat tempat macam nih.Macam-macam spesies manusia ada.Haahaahaa...Jangan tanya aku kenapa nama Pulau nih Beras Basah..Kalau kau tuh jenis berharta,trylah main banana boat atau pelampung yang macam donat.Mahal gilo weh!Cekik darah betul.Fikir dua , tiga kali jugak nak main.

I think setakat inilah sahaja my story about a short trip to Langkawi.Insya-Allah kalau ada masa terluang aku sambung lagi.Nak sambung pon dah macam takde mood sebab percutian ke Langkawi ni dah beberapa bulan yang lepas.Aku sengaja perap lama - lama entry ni mana tau lepas publish jadi nugget :p