Komik sengal online FAIZDICKIEVP

Author: aiman mania | Publish 6/12/2014, 02:43 | There is 56 Comment[s]

Assalamualaikum..
Ahaks...sekian lama menyepi akhirnya kembali jugak aku menaip sepatah dua kata di blog kusam yang tader sapa pon nak tengok.Actually aku tak ada mood and tak ada modal sangat diceritakan.Memandangkan blog dah lawa sikit semangat nak berblog balik berkobar-kobar tuh menggunung tetiba.TERIMA KAMBING Hana Jalil sebab make-up blog bro Aiman.Dah tak ada masa dah nak main edit-edit blog sejak masuk UUM ni.Kod HTML pon dah rasa pelik lain macam je aku tengok.
Haaaaa.....Kali nih aku nak story kat korang semua pasal komik sengal online yang buat aku gelak sampai nak meletup pundi kencing.Korang ada Instagram tak?Actually aku baru je buat Instagram a few weeks ago dan diperkenalkan komik sengal ini oleh roomate aku di laman instagram.Yang ada Instagram tuh picit laju laju keypad korang.Nak tekan sampai tercabut keypad pon tak apa..asalkan puas hati.Search faizdickievp dan akan keluar cenggini..Klik kat SINI dulu


Memang tidak bosan langsung tengok Instagram bro Faiz sebab ada-ada je video - video sengal beliau.Alaaaaa..Memang sesuai sangatlah dengan title Budak MASSCOM..Kalau korang tengok satu-satu video dia memang korang wajib akan kenal siapa Sarabanon,Jannah,,Na'a'bella,Kak Leha,Tasya, dan Nurse Puaka yang masing-masing gedik tahap Super Saiya!Video-video beliau kalau korang perasan memang relate dengan isu-isu semasa dan benda tuh kadang-kadang terkena atas batang halkum korang..Time stress study atau tak ada benda nak buat aku bukak Instagram beliau dan tengok video tuh berulang,ulang,ulang kali.Memang tak boring and tiap-tiap hari mesti instagram akan terhapdet.Aku tak pastilah pulak si Bro Faiz nih ada buat Gwiyeomi ke tak.Kalau korang rasa tak ada,bole request kat Instagram beliau cepat-cepat..Haaahaahaaa...


Inilah watak-watak yang selalu ada kat dalam video tuh.Agak - agak korang gambar yang mana paling menusuk kalbu?Bagi aku gambar bawah yang paling kanan sekali tuh ada gaya Giant dalam citer Doraemon pakai hijab.Wakakakakaka..Ada-ada je Bro Faiz.Ada orang cakap yang bro nih dulunya dah ada akaun Instagram tapi kat mana silapnya Instagram beliau kena block and terpaksa kena buat yang baru.kesian,kesian..Aku pon nak cerita panjang-panjang tak boleh sebab baru je ikut perkembangan beliau.Kalau peminat Justin Bieber - Belieber , yang minat K-pop - Kpopers , dan kalau korang nak tahu kalau followers Instagram Faizdickievp dikenali jugak sebagai VillagePeople.Hahahahaha.....




Haaaaaaa!!Hari tuh beliau ada mohon nak sambung belajar dalam bidang Digital Media under MARA kat United Kingdom tapi gagal.Nak buat macam mana tak ada rezeki.So,sebagai alternatif,si Bro Faiz nih lancarkan satu kempen #SendFaiz2UK.So,apa yang Village People kena buat tulis kat atas kertas #SENDFAIZ2UK , tangkap gambar selfie sambil tayang kertas tuh , upload kat insta kesayangan korang dan letakkan hastag #SENDFAIZ2UK.Submit before 30/5/2014(dah lepas da pon).Apa gunanya jadi Budak MASSCOM kalau tak menggunakan kreativiti menggunakan social media .Ye dok?Motifnya,nak tunjuk kat MARA betapa semangatnya beliau nak sambung belajar dalam Bidang Digital Media yang kus-kus mencabar.Good luck to Bro Faiz dan teruskan berkarya!We Village People support you..


Nabilla Hijabis versi K-POP

Pesanan aku , bagi mana - mana polan yang tak suka baca komik tapi sukakan benda-benda lucu tahap tragis bolehlah follow beliau di Instagram!Jangan salahkan aku plak kalau korang tergelak sampai nak  tercabut usus besaq.Itu melampau!salam sayang dari Village People terhormat :D