allergic shock

Author: aiman mania | Publish 4/12/2013, 06:58 | There is 61 Comment[s]

Assalamualaikum..

dulu zaman aku duk kat matrik , bila lapar sikit cari maggi..nak turun pergi cafe mesti fikir 2,3 kali sebab malas nak turun ke tingkat bawah ...lebih rela isi perut dengan makanan segera yang tak berkhasiat dari isi perut dengan nasi yg lebih mengenyangkan...lagi-lagi bila hujung minggu..perut macam mudah je lapar..lambat isi sikit mesti perut keluar bunyi....lagipon maggi senang je nak dapat..bayar duit,koyak plastik,rendam maggi dua minit dalam air panas dan boleh sangap begitu sahaja sampai terkeluar air hidung tahan pedas...tak sempat sapu air hidung,menitik masuk dalam mangkuk maggi...masa tuh geli-geleman taruk ketepi , asalkan perut kenyang kita suka hati ..haahaa...

Tapi,itu kisah dulu-dulu..sekarang tengok maggi rasa trauma yang amat...disebabkan maggi ,kulit muka aku jadi gatal-gatal dan jerawat yg tidak diundang akn tumbuh subur menyerlahkan jus pekat kuningnya berserta dengan ruam-ruam merah bak biji saga...seriously,aku trauma tahap tak boleh belah bila tengok muka sendirik depan cermin...rasa macam hidup segan mati tak mahu....awal tahun 2012,aku baru sedar yang aku tak boleh makan sembarangan..nasi lemak mak jemah pon aku tak boleh sentuh suap masuk kedalam mulut..walhal,nasi lemak dengan aku boleh diibaratkan isi dengan kuku suatu ketika dahulu..in short,aku allergik dengan makanan laut...arghhhhh!parah nih..


tengok kulit mamat nih yg putih tanpa noda , menyebabkan ada naluri semulajadi mula menjentik-jentik tangkai hati untuk aku mengubah diet pemakanan dari  OMNIVOR menjadi seorang  HERBIVOR ..in short,aku sekarang seorang vegetarian dan pengamal makanan yang berasaskan tumbuhan hijau..mungkin ini satu-satunya ikhtiar yang boleh menyelamatkan aku dari allergik gila yang aku hidapi..how sad :'(
kalau dulu,bila makan kat restoran mesti order tomyam campur , char kuey teow and so on yang ada taruk sayur,udang,sotong bagai ..lagi pedas,lagi bagus..lagipon baik untuk kesihatan sebab makanan tuh semua merupakan makanan sepinggan lengkap ...masa kecik-kecik,aku suka jadikan sotong yg aku tak habis makan sebagai cincin konon-kononnya..tapi,sekarang dah berubah...orang bagi tomyam campur free - free belum tentu aku  ambil sedangkan keinginan nak makan bnda alah tuh meluap-luap hingga ketahap cipan ...aku takut aku tak boleh tahan nafsu makan lalu makan dengan lahap hingga lupa musibah yg bakal aku terima nanti...tapi,kadang-kadang aku langgar jugak rule yg aku buat sendiri,iaitu,tak boleh makan bnda berdaging dan seafood...bila keinginan aku mencapai tahap tak boleh belah , jangankan gajah jer, harimau ,kuda belang , badak and so on aku boleh telan lagi selagi mampu..haahaahaa....kadang-kadang jer aku ambil benda berdaging , tapi, kalau seafood memang aku takkan sentuh apatah lagi mengunyah benda tuh dengan rakus..!haahaaaa...sekarang bila makan kat kedai aku hanya order pulut mangga jer....kadang-kadang tuh nasi kosong..siap ready bawak sayur mentah dri rumah lagi plus  kicap cap tiga ayam..peduli apa aku dengan org sekeliling..yg penting tong kosong berkeroncong perlu diisi , kesihatan pon alhamdullilah terjamin....tapi,gatal-gatal kat muka still berulang meskipun hanya makan nasi gaul kicap bertemankan ulam-ulaman..aku buntu sekejap..macam manalah nak jadi skinny flawless ala-ala jang geun seuk kalau kulit muka asyik naik ruam je.....sahhhhh!memang sah..aku allergik plak dengan si kicap .....dah..aku dah berhenti amik kicap..dah hampir 3 bulan aku hanya makan nasi dengan sayur mentah semata-mata....sedap ke tidak lain cerita...sebarang makanan ringan aku reject awal-awal....dari "chak-kedih" mamee monster hingga mister potato misai melengkung aku tak makan....kira-kira dah hampir setahun lidah aku tak merasa semua tuh...


dulu,masakan feveret aku asam pedas ikan patin....lagi-lagi nenek aku yang masakkan...perencah asam pedas semua dia buat sendirik...merah biji mata beliau gara-gara tumbuk bawang merah kasi lumat...tapi,sekarang nih semuanya mudah..semuanya dihujung jari...kat kedai runcit pon sekarang nih dah ada perencah asam pedas..ikhlas from the bottom of my heart , aku tak suka dengan benda-benda sebegini..kalau kita perhatikan betul-betul ,apa yang kita makan kebanyakannya bercampur baur dengan bahan-bahan pengawet,perasa tiruan,pewarna tiruan dan banyak lagi.....sebab itulah orang-orang kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit kronik such as darah tinggi,obesiti,serangan jantung,diabetis dan banyak lagi.....yg sedihnya bila aku check maklumat pemakanan kat perencah asam pedas tuh tertera perkataan SHRIMP PASTE atau lebih tepat dikenali sebagai BELACAN..aku alergik dengan belacan tuh semua....mee sup pon begitu juga...dulu,akulah pelahap paling ekstrem kalau bab makan mee sup nih...taruk lada jeruk banyak-banyak pon tak apa..makin membangkitkan selera ada laaa.....mama pernah cakap yang orang ada resdung tak boleh makan pedas-pedas sebab nanti takut melarat...tapi,aku hentam jer dek kerana memenuhi nafsu makan yg membuak-buak dalam diri...haahaahaaahaaa..tapi,sejak aku tengok tukang masak taruk berbotol-botol kicap sotong dalam sup , selera aku terhadap mee sup semakin hambar,hambar dan hambar dan sekarang tidak berminat untuk merasai nikmatnya mee sup bila dimakan panas-panas.. :'(


first at all,yang aku duk gebang pasal kulit muka aku naik ruam , jerawat bagai taklah seteruk ini ..alhamdullilah tak pernah sekronik ini penyakit aku...mungkin aku kot yg terOVER THINKING sampai hilang keyakinan diri nak jd hensem macam orang lain :p
biasalah..jerawat nak jadi orang besar...aku pernah bertanya pada seorang sahabat..mungkin pertanyaan aku sedikit pelik ... "mengapa jerawat kalau dia naik dia mesti naik kat muka ek?kenapa tak naik atas punggung je?" aku mengharapkan jawapan yg bernas memandangkan dia budak science stream ..tapi,sebaliknya dia asyik mengilai sampai terhinjut-hinjut...aku tengok pon smpai timbul perasan kasihan tengok cara dia ketawa macam orang tak makan ubat....haahaahaa...baru-baru nih aku ada ambil kolagen memandangkan rata-rata yg ambil kolagen memberikan feedback yg baik..tapi,sebaliknya yg terjadi kpd diriku...jerawat makin tak de tapi gatal-gatal tuh masih berbaki.....so,aku amik keputusan untuk bercerai dengan kolagen marin....melayang duit aku RM10...nasib baik aku beli murah ... in short,kalau produk tuh sejak azali lagi beranak pinak , berasal kat laut memang aku tak boleh ambil....tidak boleh sama sekali!*hentak- hentak kaki*


alahaiii..hensemnya kim hyung joong berkulit putih dengan senyuman manis yang menyerlahkan barisan gigi putih beliau..berkocak hebat hati anak dara saat terpandangkan wajah tampan aktor tampan yg kerap kali menghiasi drama-drama korea...tengok kim hyung joong pon ramai yang dah meleleh ,macam manalah agaknya dengan rupa pemilik wajah paling kacak sepanjang zaman ,iaitu NABI YUSUF A.S..?subhanallah...dikatakan kehenseman nabi yusuf tuh hanyalah sebahagian daripada kehenseman yg ada pada diri RASULLULAH S.A.W..wallahua'lam!
kim hyung joong kebelakangan nih sering dipilih untuk dijadikan duta produk-produk kecantikkan memandangkan mempunyai rupa paras yg menawan ...bercerita lebih tentang pemilihan duta produk kecantikkan wajah,kim hyung joong tidak pernah menyorok kepada peminatnya bahawa dia merupakan seorang lelaki yang selalu mengenakan barangan berbentuk kosmetik..ini sedikit bingkisan temubual bersama kim hyung joong yang aku baca dari laman web hiburan popular tanah air murai.com .amat menarik sekali untuk dikongsi bersama..

"saya memang selalu berdandan.sebab itulah juga saya gunakan faceshop untuk jaga kesihatan wajah saya.tapi,dalam waktu yang sama , saya malu sikit nak cakap pasal kecantikkan.saya bertambah malu apabila orang kata saya ni cantik.saya lebih suka menjadi diri sya.saya juga suka sesuatu yang terbaik buat diri saya.yang penting,saya ni jenis lelaki yang suka sangat mandi.lepas mandi,saya juga suka belai diri saya dengan barang kecantikkan"

yang tuh cakap kim hyung joong..yang nih nak selitkan unsur islamik sikit..kepada yang ada resdung tuh,better,bila korang ambil wudhuk ,korang amalkan wudhuk yang lengkap..maksud aku jangan amik yang wajib jer,yg sunat pon lebih afdhal korang lakukan sekali..terutamnya part memasukkan air ke dalam hidung yg dilakukan selepas berkumur dan disusuli dngan membasuh muka..masa tuh semua jenis hingus akan keluar..insya-allah..yang aku duk gebang nih benda yang pernah aku alami ..heehee :)
allah suruh walaupon benda tuh perkara sunat , ada hikmahnya..percayalah!
satu lagi,masa korang nak basuh muka ke,tempek bedak sejuk ke,better sambil syok menggosok korang amalkan baca surah yusuf ayat 4..insya-allah muka kita akan jd berseri-seri gituh..benda nih aku selalu dengar dr mulut nenek..yg penting mesti beristiqamah..kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar..sesungguhnya kuasa penyembuh itu hanya ada pada allah..mungkin ada antara kita lebih mempercayai perubatan moden yg boleh dilihat proses penyembuhannya melalui kaedah-kaedah suntikkan,pembedahan,ubat-ubatan dan sebagainya..dan mungkin sesetengah drpd kita akan merasa ragu-ragu bahawa dengan membaca sepotong ayat suci al-quran ,penyakit fizikal boleh sembuh tanpa menjalani prosedur perubatan yang umum..


firman allah s.w.t:

"hai manusia..sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh penyakit(yang berada)dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.."
SURAH YUNUS AYAT 57



ehhh !porlu ka tempek gambar posing camnih?posing ala-ala teruna impikan dara jaaa :p

P/S:ada tak petua yang aku tak tahu , tapi , korang tahu tentang cara-cara nak mengatasi masalah resdung nih?anyone?jom berkongsi idea...
THANK FOR READING THIS ENTRY :D



Golden Disk Awards Bakal gegar Sepang

Author: aiman mania | Publish 1/10/2013, 20:16 | There is 20 Comment[s]

assalamualaikum ..... dah lama tak create apa2 kat ruangan blog yg lebih 3 bulan menyepi tanpa sebrg berita ..hari nih hatiku meronta - ronta ingin mengatakan sesuatu memandangkan GOLDEN DISK AWARDS Sudah hampir dan aku yakin dan pasti ramai yg ternanti - nantikan anugerah bagi mengiktiraf secara rasminya kejayaan artis - artis korea yg telah melakar kejayaan masing - masing sepanjang perjalanan karier mereka di korea sendiri dan di seantero dunia... sebagai RAKYAT MALAYSIA,aku sendiri berbangga memandangkan MALAYSIA Telah diberi sepenuh kepercayaan untuk menjadi TUAN RUMAH   
bagi mengendalikan majlis berprestij ini dimana MALAYSIA juga telah muncul satu-satunya NEGARA PERTAMA di ASIA TENGGARA  Dijadikan lokasi untuk diadakan majlis gilang - gemilang ini selain di KOREA dan di JEPUN . Hal ini jelas menggambarkan bahawa DEMAM HALLYU DI MALAYSIA Mencapai takat didih melebihi 100 darjah celcius yang sehingga kini belum ditemui penawar spesifik untuk meredakan sedikit keghairahan anak - anak remaja drpd mengikuti perkembngan artis - artis popular yg makin gah mengukir nama menghiasi industri muzik dunia pada kala ini ..


malah , di facebook , bila aku klik BUTTON HOME berjejai - jejai info tentang golden disk awards dapat aku ketahui ... dari persiapan pentas sehingga ke senarai artis - artis yg bakal membuat persembahan sering disebut - sebut hingga aku sendiri melekat hampir berjam - jam di skrin laptop .....  malah , aku sendiri terkejut beruk bila dapat tahu tiket bagi Zon Rock Pit yg berharga RM688.00 HABIS DIJUAL Dalam masa yg singkat ... yg tinggal sekarang hanya tiket bagi Zon Hallyu yg bernilai RM199.00 dan tiket yg berharga mencecah seribu ringgit (SAMSUNG GALAXY)...aku??aku tak pergi pon... tapi,kehangatannya  aku dapat rasai setelah aku ketahui artis - artis yg terlibat bakal berkampung di SEPANG CIRCUIT Selama dua hari berturut - turut(15 & 16 JANUARI 2013).... Oh My God!aku yg tak pergi pon teruja ...apatah lagi mereka yg join anugerah tuh.... issshhh!tak de ker datuk - datuk dan mak - mak datin nak sponsor aku join festival tuh nanti?haahaa ....

Litar Sepang Antarabangsa pada 15 & 16 januari nih yg pastinya bukan shja menyaksikan pertemuan antara peminat tempatan dan artis - artis korea , malah , pihak media dari pelbagai negara juga akan datang membuat liputan tentang festival ini... :) betapa gahnya GRAMMY AWARDS KOREA KE - 27 nih!pada sebelumnya, sebanyak 22 artis korea mengesahkan kedatangan mereka ... tapi, pada last minute , 3 lagi artis  korea turut  mengesahkan kedatangan mereka bagi menggegarkan pentas GDA ke27 nih!antaranya , HUH GAK , MISS A & BTOB yg merupakan kumpulan rookie yg cepat mendaki tangga populariti dan mencuri tumpuan ramai para peminat korean pop .. ^^
so,tak hairanlah jika B2ST, SENIOR mereka mengakui cemburu akan populariti BTOB yg naik mencanak dalam masa yg singkat berbanding halangan demi halangan yg terpaksa B2ST Tempuhi sepanjang karier mereka ..!lihatlah B2ST sekarang ... dah setanding SUPER JUNIOR kan??

B2ST bakal muncul dengan BEAUTIFUL NIGHT , SPECIAL & FICTION untuk GDA ini...


difahamkan YONGHWA & NICOLE akan bertindak sebagai pengacara majlis pada hari pertama majlis berlangsung dan sekaligus membuka tirai majlis dengan mendendangkan lagu "BECAUSE OF YOU" nyanyian asal penyanyi Amerika ,Neyo .... takkn tak knal Yonghwa si gitaris genius dan si jelita Nicole yg mengamalkan rejim diet yg dianggap kejam oleh peminat KARA tuh??Hrmmm..hari kedua pulak , dikatakan HONGKI & DASOM (SISTAR) bakal mengacarakan majlis dan membuka tirai dengan menyanyikan lagu "WAY BACK INTO LOVE"...erkkk...rindu plak dengan suara serak - serak basah hongki ..heehee.. :)
dan tak kurang jugak Dasom dari kumpulan SISTAR Yg telah melakar sejarah sebagai kumpulan Yg dianggap UNDERDOG menumpaskan GROUP IDOLA WANITA POPULAR KOREA yg lain Seperti TAETISEO(SNSD), 2NE1 ,KARA T-ARA Di MAMA AWARDS bagi kategori BEST FEMALE ARTIST... jelaslah disini , bahawa yg POPULAR TAK SEMESTINYA TERBAIK..Erkkk..jgn salah faham plak ..aku tak kata plak 2NE1 , SNSD ,T-ARA & KARA Tuh Group cap ayam k?malah , masing - masing  punyai pengaruh masing - masing...

Super junior bakal menghiburkan pminat dengan lagu BONAMANA , OPPA OPPA ,FROM YOU ,
DAN SEXY FREE & SINGLE


CRAYON , ONE OF A KIND , HEARTBREAKER bakal diperdengarkan secara live ..
difahamkan TOP tidak akn menyertai BIGBANG untuk GDA kali ini :'(

FT ISLAND bakal memberi kejutan kepada peminat menerusi persembahan lagu
INTRO + LIVE , SEVERELY & I WISH 


SHINee Kepingan muncul dgn lagu LUCIFER , STRANGE , INTRO + SHERLOCK 
untuk GDA ini ...

KARA tidak mahu ketinggalan mendengdangkan lagu hits mereka INTRO + PANDORA ,JUMPING , STEP


"produk" terbaru SM ENT ini , Exo-m & Exo-k tampil dengn lagu  INTRO + MAMA , HISTORY & HOT


 ishhh..tak larat aku nak senaraikan satu2 ...haahaa... korang cari sendirilah eh?...ohh ya!kebiasaannya aku selalu godek - godek BLOG FEMES MALAYSIA , FATIN LIYANA ...Tapi , hari tuh kesibukkan aku menghadapi STPM Merencatkan sedikit tabiat aku pg usha - usha blog beliau ...tah..macam lekat badi plak bila bukak GOOGLE , Secara automatiknya jari jemari ini bagaikan bergerak pantas dengan sendirinya menekan abjad - abjad  yg membentuk perkataan "FATIN LIYANA" ...Wahhh..memng FATIN LIYANA sekarang dah jadi IKON POPULAR dalam dunia penulisan blog kali nih...malah , aku jugak ada mimpi2 nak jadi selebriti blogger terkenal lagi hot macam beliau ...bhahahaha... lagi -lagi aku suka dengan remaja2  wanita macam beliau yg suka main fesyen dengan hijab sebagai gadis muslimah ....dengan penulisan beliau yg cukup santai pon dah cukup menarik beribu2 reader untuk ke blog beliau tiap2 hari ... seakan2 magnet dan besi gituh...^^
and then , ada satu hari tuh , aku terbukak blog beliau ..masa tuh ada satu entry yg cukup2 buat aku baca berulang kali dan rasa nak HAFAL SATU2 Pula entry beliau yg satu tuh ..wahhh!dalam diam2 , dia dah JATUH HATI DENGAN KOREAN POP rupa-rupanya ..bermula dengan HATERS jadi LOVER gituh ...samalah cam aku ...aku dulu pon , sebut korean pop terus eleng2 kepala tanda tak mahu dengarnya telinga aku tentang idola kpop yg menyemarakkn HALLYU WAVE  Pada hari inih ...sekali da kenal , sampai ke akar umbi aku korek cerita sal mat - mat dan minah - minah korea HOT kat laman GOOGLE ...ambik ko...Klik SINI Untuk mengetahui dengan lebih lanjut entry yg aku maksudkan tersebut .... errkkk!!2532 likes di FACEBOOK kak FL ko dapat untuk entry nih ..tengok!!ramai diantara reader blog beliau terdiri drpd mereka yg menggelarkan diri mereka KPOPERS! :)

fatin liyana at YG ENT BUILDING ^^ ..
KO ADA ..K , AKU TADER :'(


FATIN LIYANA MINAT TOP RUPANYA ...

Tinggal kira - kira 4 hari lagi GDA !weihh..mohon simpati ramai taja aku ke sana weih ...haahaahaa :)
dapat tengok dr jauh pon tak per ... k, lah semua ...i've a work to do ... see u again ..bye2.and assalamualaikum :)

note:ta sangka plak pembuka blog aku bg sesi 2013 nih berkisar pasal korean pop ..haahaa...
lupa nak tnya?macam mana azam korang tuk tahun 2013 Nih?
harap2 , kita semua jd lebih baik dr tahun sebelumnya ....mudah-mudahan,allah permudahkan ..^^

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


dah!tamat sudah GDA KE-27 Yg menyaksikan SUPER JUNIOR Terus gah dengan gelaran PEMONOPOLI TROFI Di festival GDA yg diadakan di sepang circuit dua hari berturut2 ...malangnya , kelibat GIRL'S GENERATION Tidak kelihatan di anugerah tersebut .. malah , lebih sedih lagi  nama diorg tidak dicalonkan di mana2 kategori yg dipertandingkan !Tak menang tak bermakna diorg cap ayam ..lagipon GDA lepas diorg dah mnang GRAND PRIZE :) mungkin girl's generation di blacklist utk sementara waktu bagi memberi peluang kat artis lain menang kot ...:"0

berikut adalah senarai pemenang2 bagi kategori2 yg dipertandingkan..ohh ya!golden disk awards kali nih terbhagi kepada dua kategori besar , iaitu album dan juga lagu dengan penambahan  beberapa kategori populariti berdasarkan undian yg telah dibuat oleh para peminat ...!

DISK DAESANG - SUPER JUNIOR(SEXY , FREE & SINGLE)

DISK BONSANG - 4MINUTES , CN BLUE , B2ST , FT ISLAND , B1A4 , INFINITE , KARA , SUPER JUNIOR , SHINee

ROOKIE AWARDS - EXO - K , JUNIEL

BEST DANCE PERFORMANCE AWARD - TROUBLE MAKER 

BEST GROUP PERFORMANCE AWARD - INFINITE

NEXT GENERATION STAR AWARD - BtoB

MSN SOUTHEAST ASIA AWARD - SUPER JUNIOR (SEXY , FREE & SINGLE)

MALAYSIA'S MOST FAVORITE STAR AWARD - KARA , CN BLUE

JTBC BEST ARTIST AWARD - B2ST

POPULARITY AWARD - SHINee

GOLDEN DISK PRODUCER AWARD - FNC ENTERTAINMENT

DIGITAL DAESANG AWARD - PSY (OPPA GANGNAM STYLE)

DIGITAL BONGSANG AWARD - 2NE1 , MISS A , BIGBANG , F(X) , GDRAGON ,           HUHGAK, K.WILL , SECRET , PSY , SISTAR , T-ARA

ROOKIE AWARD - B.A.P , AILEE , LEEHI

CECI POPULARITY AWARD - G-DRAGON

SAMSUNG GALAXY STAR AWARD - SISTAR

INSTYLE FASHIONISTA AWARD - LEE HONGKI

MSN INTERNATIONAL AWARD -  BIG BANG

BEST HIP HOP STAR AWARD - EPIK HIGH

BEST SINGLE ALBUM AWARD - TEEN TOP
     
     
sekitar karpet merah GDA


SUPER JUNIOR 

B1A4

CN BLUE

B.A.P

BtoB

B2ST

4MINUTES

MISS A

SISTAR

T-ARA 

Opsss....aku rasa nak upload semua jer gambar2 yg berkaitan dengan GDA yg aku copy kat facebook n beberapa laman web hiburan ..haahaa....tapi , aku rasa nanti blog ni berat plak .. :(
artis-artis korea ni sporting gila ... so , ta heranlah kalo mereka punya peminat berjuta2 pon .. aku tahu ramai yg jeles kat NAZIM OTHMAN Bila gambar2 dia bergambar dengan retis korea tersebar di internet .. untunglah nazim othman..

 .... "Abang Nazim xg GDA... dia cuma menginap kat hotel Marriot Putrajaya tempat yg artis2 cube nie tinggall... masa dia nak turun dia satu lif ngan btob... pastu dia jumpa b2st... masa dia jumpa btob,, dia ckp ngan Peniel,, Can we selca together? Peniel jawb,, No,, we can't.. I;m sorry.. Abang Nazim jawab,, Okay.. I'm understand... Then abng nazim jumpa ngan B2ST ... Bodyguard b2st mati matian xbg abng nazim ambil gmbr ngan b2st,,, to yoseob ckp,, It's okay,, it's okay... It'sokay.. then diorang pun selca
aku copy paste kat fb jer ...komen dr peminat ^^

macam ta caya jer .. 

heart attack 

erkkkk....BTOB sempat ambik gambar berlatarbelkngkan MENARA BERKEMBAR PETRONAS !


STATEMENT NAZIM OTHMAN DI TWITTER YG MENARIK PERHATIAN ...^^

ok guy...sampai disini jer coretan aku buat kali nih ..sampai ketemu lagi ... bye2!