My hiking story

Author: aiman mania | Publish 10/15/2015, 17:36 | There is 50 Comment[s]
Assalamualaikum sayang 

Aku kalau ditanya "apakah aktiviti sukan yang awak join masa sekolah dulu",konfem aku akan jawab "merentas desa" cepat - cepat.Masa kat sekolah dulu,boleh dibilang dengan jari berapa kali aku join benda-benda lasak macam tuh.Nasib baik ada kaki boleh berlari join larian merentas desa bagai... hahahhaa...siot!
Alang-alang tak reti nak bersukan,dapat merasa jugaklah pingat gangsa daripada tak boleh apa-apa.Boleh tahan jugak aku berlari.Kalau stamina kuat,boleh kalah si Usain Bolt,mamat hitam dari Jamaica tuh :p
Kau jangan nak cabar aku bukan-bukan.Silap hari bulan,manalah tau Gimnastik irama pon aku boleh buat.Tapi,aku tak naklah...Nanti tak semena-mena aku pulak dinobatkan ratu gimnas negara.Manalah pulak si Farah Ann nak cari makan nanti kalau aku kacau periuk nasi dia...Hahahahhaaha... *Put  naughty smiley*
Cakap pasal aktiviti lasak,kaki aku boleh dipuji pabila bab-bab panjat bukit nih.Bangga beb dengan aku yang tak rajin bersenam ni,dapat panjat bukit.Kau hadoo?
Masa cuti sem tiga bulan lamanya,aku buat keputusan untuk bertapa mencari ketenangan kat kampung.Kebetulan,member-member aku dari sekolah dulu pon tengah rancak cuti sem.Lepas beberapa kali bermusyawarah dan berdebat ala-ala Ahmad Maslan 3.85 tuh,kiteorang putuskan untuk mendaki Bukit Keluang dekat Besut,Terengganu.Sebenarnya,tak jauh pon Bukit Keluang tuh dari kampung kiteorang.15 minit perjalanan dah selamat sampai.Kiteorang berlima (2 Lelaki dan 3 perempuan) siap tapau makanan dari rumah siap-siap lagi tau nak menjamu selera lepas habis beraktiviti.Nak panjat bukit nih letih gila + makan tenaga banyak!Kalau korang yang jenis makhluk yang sayangkan lemak better dari awal jangan join benda benda macam nih! *Put smile*


Muka buat- buat kejung Arifah and me after separuh pendakian Bukit Keluang.Kaki macam nak tercabut. *Fefeling korean celup ,amik watak Doo Min Joon-shi dalam My love from Another Star*

Perkenalkan teman baik tapi mesra aku,Arifah.Masa mula-mula nak naik kemain bersemangat kental nak bersenamrobik bagai,Tapi,haram tak jalan!Separuh pendakian,suruh berhenti rehat sekejap sebab sakit dada.Aku dah mula rasa bimbang.Cuak pon ada tengok keadaan Arifah yang pucat  macam ayam dalam peti ais.Kalau mati kat situh,sapalah nak bertanggungjawab.Tapi,Alhamdullilah takde apa-apa yang berlaku and nothing serious.Kiteorang teruskan perjalanan.Jumpa benda pelik sikit terus amik gambar.Perangai jakun tak habis-habis!Pantang jumpa spot cantik,terus amik gambar walaupon muka masing-masing letih macam tenuk baru habis bersalin :3


Untung korang masuk blog nih,boleh tengok macam mana tenuk meneran..hahhahaahha.
Pendakian Bukit Keluang nih ambil masa kira-kira 45 minit jugaklah.Lenguh-lenguh kaki tak payah cakap.Kalau kau tak nak merasa sakitnya kaki kau bila mendaki,better ko cabut siap-siap lagi dari rumah kaki kau tuh .Nama pon dah aktiviti lasak,mestilah rasa sengal sikit-sikit.Korang jangan bimbang kalau korang betul-betul ikut track,konfem takkan sesat punya.Make sure,kalau jalan tuh pandang bawah sebab takut nanti tersadung akar pokok!Kalau yang jenis mulut celupar tuh,simpan sikit celupar tuh kat rumah tak payah bawak pergi mendaki.Tak ke haru nanti kena sampuk kat mambang!


Bagi mereka yang mengidam nak naik bukit,tapi,mempunyai penyakit  "lutut longgar",korang jangan bimbang.Korang boleh berpaut pada tali yang diikat kat pokok pokok macam gambar di atas.Kalau time hujan jangan nak tunjuk action sangat ,kononnya kaulah adiwira yang takkan jatuh tanpa berpaut pada apa-apa...Tupai yang pandai melompat pon jatuh,inikan kau plak manusia yang tak pandai melompat.ehhh!
Pesanan aku,kalau naik bukit pakai sport shoes,jangan mengada-ngada nak pakai high-heels!Kau bergaya masuk hutan pon sapa nak tengok kan? *mata ke atas,tangan atas bahu*



Kalau mendaki bukit,jangan pakai panjat je.Kena slow-slow, jangan gopoh gapah nak naik dan nak turun.Kalau nak turun cepat,tader jalan shortcut melainkan terjun gaung. :)
Pandang sekeliling kau dan nikmati puas-puas apa yang Allah ciptakan.Biar lambat asalkan selamat dan kau pon berpuas hati dengan penat lelah kau  sampai ke puncak!Make sure pakai pakaian yang selesa.Pakaian yang menyerap peluh adalah disyorkan.Jangan naik bukit pakai skirt,nanti kena gigit nyamuk.Lasak macam mana sekalipun,jangan lupa tutup aurat dan jaga batasan.Kita kan duta kecil agama Islam :)




Once kau dah jejak puncak bukit,kau dah boleh tarik nafas lega!Penat lelah kau berbaloi sebab kat atas tuh pemandangan dia , Masya-Allah tak boleh diungkapkan dengan kata - kata.Seriously!It is very beautiful.Alhamdullilah,untuk nikmat pancaindera yang Allah bagi untuk aku melihat!Saujana mata memandang :D
Tapi,awas!Korang kena berhati-hati sebab risiko untuk jatuh itu tetap ada.Kalau dah jatuh,memang tak boleh buat apa-apa.Jangan harap kau boleh berpaut pada pokok sebab bila kau jatuh,memang korang akan jatuh direct ke tanah.Tapi,setakat ni tak pernah lagi aku dengar mana-mana polan jatuh bukit.Jadi,sebelum dirimu yang begitu berharga lencun dek hujan,better sediakan payung siap-siap untuk kau berteduh! ^_T



Bagi mereka yang mamai,korang jangan tak tau plak.Aku naik bukit nih around Malaysia je,bukannya dekat Kepulauan Sumatera.Dont judge Malaysia easily by looking at it's cover!

Kalau tengok sekilas pandang,macam pemandangan kat Uluwatu,Bali.Tak salah kalau aku label Bukit Keluang nih Bali Besut.Huuhuuhuu :)
Jangan pulak kau tak tahu Pantai Bukit Keluang nih jugak jadi sasaran team KRU buat filem Hikayat Merong Mahawangsa.Apa kau ingat kampung kami tader nilai komersial?*buat kening ala Ziana Zain* Kalau yang kaki Hiking tuh , mai lah test kepala lutut anda mendaki bukit kat sini.Bukan Bukit Broga jer nak peymes..Bukit Keluang pon sama!
Once kau dah sampai ke puncak,kau akan rasa hebat macam puteri kayangan baru sudah mencemar duli turun ke bumi.Sebesar-besar bangunan nampak kecik-kecik aje seolah-olah semua yang kat bawah kaki kau tuh milik kau sorang.Bayu bertiup dan ketika saat ini kau boleh fefeling Beyonce sikit dengan flips hair ke kiri dan ke kanan.Suasana kat puncak sunyi sepi yang akan membuatkan kau tetiba terkenangkan sensorang.Masa ni lah ko boleh berangan-angan nyanyi lagu Kuch kuch Ho tai dengan pak we ko!



Gambar ini ditangkap waktu kiteorang nak turun.Dari jauh korang akan nampak puncak Bukit Keluang dan atas puncak tuh ada pondok besar yang boleh memuatkan hampir 50 orang.Bolehlah kau beristirehat minum air ataupon buat tarian zumba dengan geng-geng kau kat situh.Make sure bawak air mineral sebab kat atas sana memang tak ada sumber air langsung.Kalau ko nak feeling-feeling Park ChanYeol EXO dalam Law Of The Jungle bolehlah kau minum setitis embun :p



Make sure bila turun puncak hati-hati dan selalu pandang bawah sebab kadang-kadang bentuk muka bumi kat sini always changed by the season.Kiteorang pergi hari tuh ketika habis hujan dan track boleh tahan licin weh!Pakai kasut yang sesuai kalau tak kaki melecet.Jangan plak pakai kasut bola.Kita nak panjat bukit nih oiii bukan nak main bola!Klau tengok kat gambar atas tuh ada kaler biru sikit-sikit.haaaa itulah pantai namanya.Kalau korang rasa gayat mintak bantuan rakan-rakan pegangkan tangan!
I dont have any trouble masa turun but my friend , Roza , terketar - ketar lutut sebab before pendakian tak ambik breakfast.Make sure sebelum pendakian makan dulu kenyang-kenyang.Kalau boleh buat tarian zumba sekali!



This is Roza!Roza jadi member hiking yang paling lambat turun bukit sebab ketar lutut macam jantan gila kena parkinson!Serious this is my first time tengok orang ketar kepala lutut macam kena kejar dengan anjing gila..Last but not least,Takziah untuk Roza kerana baru sahaja kehilangan bonda tercinta pada malam  raya haji harituh.Aku harap Roza akan terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.Semoga berjaya dalam hidup dan buat ibumu tersenyum bangga.I believe in Roza.
AL-FATIHAH..

kita jumpa lagi pada waktu akan datang.Lets share our experience in comment box!assalamualaikum..