My hiking story

Author: aiman mania | Publish 10/15/2015, 17:36 | There is 50 Comment[s]
Assalamualaikum sayang 

Aku kalau ditanya "apakah aktiviti sukan yang awak join masa sekolah dulu",konfem aku akan jawab "merentas desa" cepat - cepat.Masa kat sekolah dulu,boleh dibilang dengan jari berapa kali aku join benda-benda lasak macam tuh.Nasib baik ada kaki boleh berlari join larian merentas desa bagai... hahahhaa...siot!
Alang-alang tak reti nak bersukan,dapat merasa jugaklah pingat gangsa daripada tak boleh apa-apa.Boleh tahan jugak aku berlari.Kalau stamina kuat,boleh kalah si Usain Bolt,mamat hitam dari Jamaica tuh :p
Kau jangan nak cabar aku bukan-bukan.Silap hari bulan,manalah tau Gimnastik irama pon aku boleh buat.Tapi,aku tak naklah...Nanti tak semena-mena aku pulak dinobatkan ratu gimnas negara.Manalah pulak si Farah Ann nak cari makan nanti kalau aku kacau periuk nasi dia...Hahahahhaaha... *Put  naughty smiley*
Cakap pasal aktiviti lasak,kaki aku boleh dipuji pabila bab-bab panjat bukit nih.Bangga beb dengan aku yang tak rajin bersenam ni,dapat panjat bukit.Kau hadoo?
Masa cuti sem tiga bulan lamanya,aku buat keputusan untuk bertapa mencari ketenangan kat kampung.Kebetulan,member-member aku dari sekolah dulu pon tengah rancak cuti sem.Lepas beberapa kali bermusyawarah dan berdebat ala-ala Ahmad Maslan 3.85 tuh,kiteorang putuskan untuk mendaki Bukit Keluang dekat Besut,Terengganu.Sebenarnya,tak jauh pon Bukit Keluang tuh dari kampung kiteorang.15 minit perjalanan dah selamat sampai.Kiteorang berlima (2 Lelaki dan 3 perempuan) siap tapau makanan dari rumah siap-siap lagi tau nak menjamu selera lepas habis beraktiviti.Nak panjat bukit nih letih gila + makan tenaga banyak!Kalau korang yang jenis makhluk yang sayangkan lemak better dari awal jangan join benda benda macam nih! *Put smile*


Muka buat- buat kejung Arifah and me after separuh pendakian Bukit Keluang.Kaki macam nak tercabut. *Fefeling korean celup ,amik watak Doo Min Joon-shi dalam My love from Another Star*

Perkenalkan teman baik tapi mesra aku,Arifah.Masa mula-mula nak naik kemain bersemangat kental nak bersenamrobik bagai,Tapi,haram tak jalan!Separuh pendakian,suruh berhenti rehat sekejap sebab sakit dada.Aku dah mula rasa bimbang.Cuak pon ada tengok keadaan Arifah yang pucat  macam ayam dalam peti ais.Kalau mati kat situh,sapalah nak bertanggungjawab.Tapi,Alhamdullilah takde apa-apa yang berlaku and nothing serious.Kiteorang teruskan perjalanan.Jumpa benda pelik sikit terus amik gambar.Perangai jakun tak habis-habis!Pantang jumpa spot cantik,terus amik gambar walaupon muka masing-masing letih macam tenuk baru habis bersalin :3


Untung korang masuk blog nih,boleh tengok macam mana tenuk meneran..hahhahaahha.
Pendakian Bukit Keluang nih ambil masa kira-kira 45 minit jugaklah.Lenguh-lenguh kaki tak payah cakap.Kalau kau tak nak merasa sakitnya kaki kau bila mendaki,better ko cabut siap-siap lagi dari rumah kaki kau tuh .Nama pon dah aktiviti lasak,mestilah rasa sengal sikit-sikit.Korang jangan bimbang kalau korang betul-betul ikut track,konfem takkan sesat punya.Make sure,kalau jalan tuh pandang bawah sebab takut nanti tersadung akar pokok!Kalau yang jenis mulut celupar tuh,simpan sikit celupar tuh kat rumah tak payah bawak pergi mendaki.Tak ke haru nanti kena sampuk kat mambang!


Bagi mereka yang mengidam nak naik bukit,tapi,mempunyai penyakit  "lutut longgar",korang jangan bimbang.Korang boleh berpaut pada tali yang diikat kat pokok pokok macam gambar di atas.Kalau time hujan jangan nak tunjuk action sangat ,kononnya kaulah adiwira yang takkan jatuh tanpa berpaut pada apa-apa...Tupai yang pandai melompat pon jatuh,inikan kau plak manusia yang tak pandai melompat.ehhh!
Pesanan aku,kalau naik bukit pakai sport shoes,jangan mengada-ngada nak pakai high-heels!Kau bergaya masuk hutan pon sapa nak tengok kan? *mata ke atas,tangan atas bahu*



Kalau mendaki bukit,jangan pakai panjat je.Kena slow-slow, jangan gopoh gapah nak naik dan nak turun.Kalau nak turun cepat,tader jalan shortcut melainkan terjun gaung. :)
Pandang sekeliling kau dan nikmati puas-puas apa yang Allah ciptakan.Biar lambat asalkan selamat dan kau pon berpuas hati dengan penat lelah kau  sampai ke puncak!Make sure pakai pakaian yang selesa.Pakaian yang menyerap peluh adalah disyorkan.Jangan naik bukit pakai skirt,nanti kena gigit nyamuk.Lasak macam mana sekalipun,jangan lupa tutup aurat dan jaga batasan.Kita kan duta kecil agama Islam :)




Once kau dah jejak puncak bukit,kau dah boleh tarik nafas lega!Penat lelah kau berbaloi sebab kat atas tuh pemandangan dia , Masya-Allah tak boleh diungkapkan dengan kata - kata.Seriously!It is very beautiful.Alhamdullilah,untuk nikmat pancaindera yang Allah bagi untuk aku melihat!Saujana mata memandang :D
Tapi,awas!Korang kena berhati-hati sebab risiko untuk jatuh itu tetap ada.Kalau dah jatuh,memang tak boleh buat apa-apa.Jangan harap kau boleh berpaut pada pokok sebab bila kau jatuh,memang korang akan jatuh direct ke tanah.Tapi,setakat ni tak pernah lagi aku dengar mana-mana polan jatuh bukit.Jadi,sebelum dirimu yang begitu berharga lencun dek hujan,better sediakan payung siap-siap untuk kau berteduh! ^_T



Bagi mereka yang mamai,korang jangan tak tau plak.Aku naik bukit nih around Malaysia je,bukannya dekat Kepulauan Sumatera.Dont judge Malaysia easily by looking at it's cover!

Kalau tengok sekilas pandang,macam pemandangan kat Uluwatu,Bali.Tak salah kalau aku label Bukit Keluang nih Bali Besut.Huuhuuhuu :)
Jangan pulak kau tak tahu Pantai Bukit Keluang nih jugak jadi sasaran team KRU buat filem Hikayat Merong Mahawangsa.Apa kau ingat kampung kami tader nilai komersial?*buat kening ala Ziana Zain* Kalau yang kaki Hiking tuh , mai lah test kepala lutut anda mendaki bukit kat sini.Bukan Bukit Broga jer nak peymes..Bukit Keluang pon sama!
Once kau dah sampai ke puncak,kau akan rasa hebat macam puteri kayangan baru sudah mencemar duli turun ke bumi.Sebesar-besar bangunan nampak kecik-kecik aje seolah-olah semua yang kat bawah kaki kau tuh milik kau sorang.Bayu bertiup dan ketika saat ini kau boleh fefeling Beyonce sikit dengan flips hair ke kiri dan ke kanan.Suasana kat puncak sunyi sepi yang akan membuatkan kau tetiba terkenangkan sensorang.Masa ni lah ko boleh berangan-angan nyanyi lagu Kuch kuch Ho tai dengan pak we ko!



Gambar ini ditangkap waktu kiteorang nak turun.Dari jauh korang akan nampak puncak Bukit Keluang dan atas puncak tuh ada pondok besar yang boleh memuatkan hampir 50 orang.Bolehlah kau beristirehat minum air ataupon buat tarian zumba dengan geng-geng kau kat situh.Make sure bawak air mineral sebab kat atas sana memang tak ada sumber air langsung.Kalau ko nak feeling-feeling Park ChanYeol EXO dalam Law Of The Jungle bolehlah kau minum setitis embun :p



Make sure bila turun puncak hati-hati dan selalu pandang bawah sebab kadang-kadang bentuk muka bumi kat sini always changed by the season.Kiteorang pergi hari tuh ketika habis hujan dan track boleh tahan licin weh!Pakai kasut yang sesuai kalau tak kaki melecet.Jangan plak pakai kasut bola.Kita nak panjat bukit nih oiii bukan nak main bola!Klau tengok kat gambar atas tuh ada kaler biru sikit-sikit.haaaa itulah pantai namanya.Kalau korang rasa gayat mintak bantuan rakan-rakan pegangkan tangan!
I dont have any trouble masa turun but my friend , Roza , terketar - ketar lutut sebab before pendakian tak ambik breakfast.Make sure sebelum pendakian makan dulu kenyang-kenyang.Kalau boleh buat tarian zumba sekali!



This is Roza!Roza jadi member hiking yang paling lambat turun bukit sebab ketar lutut macam jantan gila kena parkinson!Serious this is my first time tengok orang ketar kepala lutut macam kena kejar dengan anjing gila..Last but not least,Takziah untuk Roza kerana baru sahaja kehilangan bonda tercinta pada malam  raya haji harituh.Aku harap Roza akan terus tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.Semoga berjaya dalam hidup dan buat ibumu tersenyum bangga.I believe in Roza.
AL-FATIHAH..

kita jumpa lagi pada waktu akan datang.Lets share our experience in comment box!assalamualaikum..

50 comments

15 October 2015 at 18:11

Salam singgah pagi dik aiman....cantiknya tempat tu...menghijau dan sejuk mata memandang...

15 October 2015 at 19:16

cantik view laut tu..mmg ada iras2 kt Uluwatu..

16 October 2015 at 03:07

akak minat aktiviti camni.. cuma jangan ada pacat sudah la..meraung satu hutan nnanti

16 October 2015 at 19:49

aku orang besut tapi tak sempat lagi nak panjat bukit keluang..cuma kalo pegi mandi kat pantai bukit keluang tu je..huhu..tengok la nanti kalo ada masa nak daki jugak.

17 October 2015 at 01:08

Assalamualaikum aiman mania,
Sis baca entry aiman sambil senyum2 simpul sebab teringat zaman sklh. Sis mcm aiman jugak, bab sukan mmg x blh diharap. Suruh panjat gunung, sis akan pegi kalau trail mendaki tu bersih mcm laluan shopping mall.. Ado? Kalau nan hado jangan harap.. Apa pun cantik pemandangan dari puncak.. :-)

17 October 2015 at 05:35

Kalau ada masa nanti datang area Banting Selangor, banyak bukit boleh daki dan paling hampir ialah Bukit Jugra..boleh datang paragliding sekali.. salam dari PCL. Tq.

17 October 2015 at 06:19

Salam Aiman , best nya mendaki ..sapa kata malaysia tak cantik yer dak? walaupon permandangan cantik tapi akak ni dah tua ni mau semput mendaki..biasanya kami keep cycling je dgn anak-anak untuk memenuhi masa lapang.

17 October 2015 at 08:40

Singgah hujung minggu melawat Aiman. Wahhhh! Bersemangatnya hiking! Aiman ada gak merentas desa,..akak punya malas bersukan, tahap jaga air utk orang yang merentas desa :D

17 October 2015 at 18:07

Cantiknyaaa.. Penah sekali je panjat2 bukit ni. Bukit broga tapi tu pun tak smpai puncak sebab cuaca mendung. Nak turun cepat before hujan turun. Huhu

18 October 2015 at 03:25

cantik view ni.. Walaupun ddk ganu masih blm berkesempatan nak hiking kat sini.. hihhihihi..
Bab farah ann tu mmg lawak... nice! :D

18 October 2015 at 04:07

tinggi owwww gayatt aduhaiii,maw kalau naik xturun dah huhu..takut ketinggian..XP

18 October 2015 at 07:02

Nice laaa daki bukit. Aku pun duk beriadah dalam bilik atas katil je haha. Keep it up ;)

18 October 2015 at 07:23

osemnya view diaa,,

18 October 2015 at 08:57

Samalah. Masa sekolah dulu masuk merentas desa je. Benda-benda lain tak ikut. Tapi, sekarang dah bolehlah hike sikit-sikit.

18 October 2015 at 17:51

lama x buat aktiviti lasak mcm ni..huhuuh

18 October 2015 at 21:02

Lama gila kot tak pergi hiking. Bestnyaaaa :)

18 October 2015 at 22:14

mak ai curamnya, kalau dah sampai dia bubuh tali-tali macam tu, maksudnya betul2 curam lah tu. Aku lama gila dah tak mendaki-mendaki nie, cuma berdaki je banyak. Bhahahahahaha =D

18 October 2015 at 23:09

Memula baca tak perasan lagi.. bila dah sebut nama tempat rasa was-was.. bila dah separuh pembacaan, tak sabar nak tahu.. at the end.. yes!I know that place.. pernah pergi berkursus di sana.. eerrr.. long time ago.. kihkihkih.. bila ek.. errr.. 10 tahun lepas kot..
tapi Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan dekat situ.. gambar usah cakaplah.. memang banyak amik.. tu tak masuk amik gambar dengan pakwe2 hensem.. kahkahkah.. dulu punya citelah..
tapi kalau sekarang ada yang mengajak panjat bukit.. jom je.. tapi eerrr.. sape lak nak tengok an askar2 kecik kat rumah tu.. kehkehkeh..

19 October 2015 at 01:11

best nyerrrr!!!! nnt kalu g lari ajak lah saya sekali!

19 October 2015 at 21:31

besttt nye hiking dengan kawan2!!

jom join ramai2, mana tau ada rezeki :) ; Contest @ Giveaway bernilai RM 1,000!

20 October 2015 at 07:35

Hai blogger dari Besut. Rasanya kita patut meet up or panjat bukit keluang sama2. Hahaha. Sy pernah sampai ke puncak tu sekali je, tu pun 3 tahun lepas, masa zaman SPM. :p

20 October 2015 at 17:26

Oh.. di T'ganu ada bukit Keluang
Kalau di Johor ada bandar Kluang
Aktiviti lasak elok utk stamina - ala masih remaja baguslah. Kalau macam auntie ni nak panjat usah kata separuh jalan suku pun entah boleh entahkan tidak:)

20 October 2015 at 21:54

Baru jer lepas naik bukit ni. Memang cantikk sangat view dia. :D

21 October 2015 at 00:49

benda-benda yg rare macam tu la perkara yg seronok tau sebenarnya! Kak Sally ni nak kena kurangkan berat badan baru seronok berjalan! hahahaha

21 October 2015 at 03:24

Ohhhhb mak mmg tak suka panjat daki daki ni.....harus jadi mcm Roza kang hihi...

Mesti berpeluh mcm org mandi kan Aiman kerja mendaki bukit ni. Kalaulah mak yg mendaki ni mesti lemak hilang 20 kilo ni...

21 October 2015 at 07:17

Time sekolah fulu bunda jarang ikuti aktiviti lasak...bunda dapat pengecualian sebab bunda ada athma...

21 October 2015 at 07:17

Time sekolah fulu bunda jarang ikuti aktiviti lasak...bunda dapat pengecualian sebab bunda ada athma...

21 October 2015 at 08:52

Yaya tak pernah hiking tapi seronok baca pengalaman awak :)

21 October 2015 at 11:03

hiking itu best bila tiada jerebu, ada geng hiking yang sempoi, dan tiada pacat mahupun lintah yang bermaharajalela di sepanjang hiking trail bukit/gunung itu... haha~ ;3

nice pics aiman, sekarang sila belajar rajin2... hahah! ;p

21 October 2015 at 16:47

salam ukhwah aiman....
pengalaman yang menarik ni....
tapi sis seram plak bila tengok korang meniti di tebing bukit tue....
Huhhuhhuuu....
Sis singgah sini & done follow awk...
Ada kelapangan blogwalking blog sis & follow me back ok...
http://assam143.blogspot.my/
tqvm

21 October 2015 at 17:36

wah bestnya! masa zaman belajar suka masuk hutan. jungle trekking, night walk. hiking xpernah lg

21 October 2015 at 20:06

bestnya. dari dulu teringin nak hiking tapi tak dapat dapat, haha. minat exo ke?

21 October 2015 at 20:59

bukit keluang ke.. ni kampung saya... hehehehe

22 October 2015 at 22:35

hahaha lawaklah! tenuk baru lepas bersalin looll! xD xD
MasyaAllah view dia mmng lawa gila. dekat tepi laut rupanya bukit ni :D

23 October 2015 at 01:15

ewah2...teman tapi mesra tu...hehe
akak tak penah seumur hidup hiking...
baru melangkah...pancit! hehe! tak pasal2 kena orang angkat

tapi cantik ye view dia
time belajar ni explore mana boleh
kang dah kerja...tak dapat dik
anyway...enjoy, enjoy juga...study jangan lupa ye =)

23 October 2015 at 01:23

Cantik gak view dari atas puncak tu.. Aku ni bukit broga pun x pernah naik lagi...Ni, dah kerja lagi la xde masa nak buat aktiviti2 mcm kau ni. Nak jugak panjat bukit, tp bila fikir balik betapa lamanya aku x exercise, rasa risau pulak..haha..

23 October 2015 at 11:44

harlu aiman!
wah ok sumpah nampak best gila ek gi hiking hehe nnt qila nk try aa nnt hihu.
and yes sepp!
sama lah i hate lasak things dulu hahahaha
tapi serious!
nk cuba nnt hihuhi.

thanks!!!
and alfatihah utk ibunda roza :)

24 October 2015 at 06:08

Salam aiman..kak lya singgah sini..wah bestnya mendaki gituuu..seronoknyer..enjoy ler tuuu

25 October 2015 at 01:30

Hi Aiman!!

Syok gila tengok awak hiking, orang tak pernah lagi. Tapi teringin juga nak pergi. Macam menarik je aktivitinya.Heaven rasa bila dah sampai ke puncak. kan2? hehe =)

28 October 2015 at 20:42

waaa... bestnya, cantik pemandangan tu,,
susah nak cari geng daki bukit ni, kalo ajak asyik xnak je,,haha

31 October 2015 at 01:54

SubhanaAllah . Cantik pemandangan. . Kalau df. Memang duduk je situ takkan berganjak . Haha. Best ! .


P/s: inshaaAllah Allah izinkan.jangan risau, ole ole untuk Df ? haha ye ye je tu

2 November 2015 at 06:06

adoilah aiman..gelak-gelak sy baca entry ni.tapi memang siyes cantik view dia, no wonder jadi tempat shooting.lama tak mendaki..seriau bab turun tu je

8 November 2015 at 23:22

hi sis ☺
I'm newbie and please support me
smartiesmoo.blogspot.kr

21 November 2015 at 23:57

srsly.. dah lama tak hiking. Saya suka hiking tp lagi suka hiking atas katil (tidur) ahahaha. Takziah utk kawan awak tu.. ;')




p/s : Sorry for the late reply. Kata-kata smgt awak yg pasal doktor tu beri inspirasi dan smgt, thanks ^^

2 December 2015 at 17:52

The cliff is beautiful. Your outfit looks too stylish for a hiking session. Hehe.

21 December 2015 at 00:16

salam...
bestnye hiking...
yaya nak join tp xtau mn nak strt..huuuu >,<

13 January 2016 at 08:26

Hello!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

31 January 2016 at 03:09

Bukit Kluang memang best!

15 March 2016 at 20:49

seronok nya hiking. xde pengalaman lg. mgkin nak try naik Broga dlu =) huhu

4 April 2016 at 05:56

Akk pernah hiking naik bukit panorama. rasa mcm putus nafas time tu. haha

Post a Comment