allergic shock

Author: aiman mania | Publish 4/12/2013, 06:58 | There is 61 Comment[s]

Assalamualaikum..

dulu zaman aku duk kat matrik , bila lapar sikit cari maggi..nak turun pergi cafe mesti fikir 2,3 kali sebab malas nak turun ke tingkat bawah ...lebih rela isi perut dengan makanan segera yang tak berkhasiat dari isi perut dengan nasi yg lebih mengenyangkan...lagi-lagi bila hujung minggu..perut macam mudah je lapar..lambat isi sikit mesti perut keluar bunyi....lagipon maggi senang je nak dapat..bayar duit,koyak plastik,rendam maggi dua minit dalam air panas dan boleh sangap begitu sahaja sampai terkeluar air hidung tahan pedas...tak sempat sapu air hidung,menitik masuk dalam mangkuk maggi...masa tuh geli-geleman taruk ketepi , asalkan perut kenyang kita suka hati ..haahaa...

Tapi,itu kisah dulu-dulu..sekarang tengok maggi rasa trauma yang amat...disebabkan maggi ,kulit muka aku jadi gatal-gatal dan jerawat yg tidak diundang akn tumbuh subur menyerlahkan jus pekat kuningnya berserta dengan ruam-ruam merah bak biji saga...seriously,aku trauma tahap tak boleh belah bila tengok muka sendirik depan cermin...rasa macam hidup segan mati tak mahu....awal tahun 2012,aku baru sedar yang aku tak boleh makan sembarangan..nasi lemak mak jemah pon aku tak boleh sentuh suap masuk kedalam mulut..walhal,nasi lemak dengan aku boleh diibaratkan isi dengan kuku suatu ketika dahulu..in short,aku allergik dengan makanan laut...arghhhhh!parah nih..


tengok kulit mamat nih yg putih tanpa noda , menyebabkan ada naluri semulajadi mula menjentik-jentik tangkai hati untuk aku mengubah diet pemakanan dari  OMNIVOR menjadi seorang  HERBIVOR ..in short,aku sekarang seorang vegetarian dan pengamal makanan yang berasaskan tumbuhan hijau..mungkin ini satu-satunya ikhtiar yang boleh menyelamatkan aku dari allergik gila yang aku hidapi..how sad :'(
kalau dulu,bila makan kat restoran mesti order tomyam campur , char kuey teow and so on yang ada taruk sayur,udang,sotong bagai ..lagi pedas,lagi bagus..lagipon baik untuk kesihatan sebab makanan tuh semua merupakan makanan sepinggan lengkap ...masa kecik-kecik,aku suka jadikan sotong yg aku tak habis makan sebagai cincin konon-kononnya..tapi,sekarang dah berubah...orang bagi tomyam campur free - free belum tentu aku  ambil sedangkan keinginan nak makan bnda alah tuh meluap-luap hingga ketahap cipan ...aku takut aku tak boleh tahan nafsu makan lalu makan dengan lahap hingga lupa musibah yg bakal aku terima nanti...tapi,kadang-kadang aku langgar jugak rule yg aku buat sendiri,iaitu,tak boleh makan bnda berdaging dan seafood...bila keinginan aku mencapai tahap tak boleh belah , jangankan gajah jer, harimau ,kuda belang , badak and so on aku boleh telan lagi selagi mampu..haahaahaa....kadang-kadang jer aku ambil benda berdaging , tapi, kalau seafood memang aku takkan sentuh apatah lagi mengunyah benda tuh dengan rakus..!haahaaaa...sekarang bila makan kat kedai aku hanya order pulut mangga jer....kadang-kadang tuh nasi kosong..siap ready bawak sayur mentah dri rumah lagi plus  kicap cap tiga ayam..peduli apa aku dengan org sekeliling..yg penting tong kosong berkeroncong perlu diisi , kesihatan pon alhamdullilah terjamin....tapi,gatal-gatal kat muka still berulang meskipun hanya makan nasi gaul kicap bertemankan ulam-ulaman..aku buntu sekejap..macam manalah nak jadi skinny flawless ala-ala jang geun seuk kalau kulit muka asyik naik ruam je.....sahhhhh!memang sah..aku allergik plak dengan si kicap .....dah..aku dah berhenti amik kicap..dah hampir 3 bulan aku hanya makan nasi dengan sayur mentah semata-mata....sedap ke tidak lain cerita...sebarang makanan ringan aku reject awal-awal....dari "chak-kedih" mamee monster hingga mister potato misai melengkung aku tak makan....kira-kira dah hampir setahun lidah aku tak merasa semua tuh...


dulu,masakan feveret aku asam pedas ikan patin....lagi-lagi nenek aku yang masakkan...perencah asam pedas semua dia buat sendirik...merah biji mata beliau gara-gara tumbuk bawang merah kasi lumat...tapi,sekarang nih semuanya mudah..semuanya dihujung jari...kat kedai runcit pon sekarang nih dah ada perencah asam pedas..ikhlas from the bottom of my heart , aku tak suka dengan benda-benda sebegini..kalau kita perhatikan betul-betul ,apa yang kita makan kebanyakannya bercampur baur dengan bahan-bahan pengawet,perasa tiruan,pewarna tiruan dan banyak lagi.....sebab itulah orang-orang kita terdedah dengan pelbagai jenis penyakit kronik such as darah tinggi,obesiti,serangan jantung,diabetis dan banyak lagi.....yg sedihnya bila aku check maklumat pemakanan kat perencah asam pedas tuh tertera perkataan SHRIMP PASTE atau lebih tepat dikenali sebagai BELACAN..aku alergik dengan belacan tuh semua....mee sup pon begitu juga...dulu,akulah pelahap paling ekstrem kalau bab makan mee sup nih...taruk lada jeruk banyak-banyak pon tak apa..makin membangkitkan selera ada laaa.....mama pernah cakap yang orang ada resdung tak boleh makan pedas-pedas sebab nanti takut melarat...tapi,aku hentam jer dek kerana memenuhi nafsu makan yg membuak-buak dalam diri...haahaahaaahaaa..tapi,sejak aku tengok tukang masak taruk berbotol-botol kicap sotong dalam sup , selera aku terhadap mee sup semakin hambar,hambar dan hambar dan sekarang tidak berminat untuk merasai nikmatnya mee sup bila dimakan panas-panas.. :'(


first at all,yang aku duk gebang pasal kulit muka aku naik ruam , jerawat bagai taklah seteruk ini ..alhamdullilah tak pernah sekronik ini penyakit aku...mungkin aku kot yg terOVER THINKING sampai hilang keyakinan diri nak jd hensem macam orang lain :p
biasalah..jerawat nak jadi orang besar...aku pernah bertanya pada seorang sahabat..mungkin pertanyaan aku sedikit pelik ... "mengapa jerawat kalau dia naik dia mesti naik kat muka ek?kenapa tak naik atas punggung je?" aku mengharapkan jawapan yg bernas memandangkan dia budak science stream ..tapi,sebaliknya dia asyik mengilai sampai terhinjut-hinjut...aku tengok pon smpai timbul perasan kasihan tengok cara dia ketawa macam orang tak makan ubat....haahaahaa...baru-baru nih aku ada ambil kolagen memandangkan rata-rata yg ambil kolagen memberikan feedback yg baik..tapi,sebaliknya yg terjadi kpd diriku...jerawat makin tak de tapi gatal-gatal tuh masih berbaki.....so,aku amik keputusan untuk bercerai dengan kolagen marin....melayang duit aku RM10...nasib baik aku beli murah ... in short,kalau produk tuh sejak azali lagi beranak pinak , berasal kat laut memang aku tak boleh ambil....tidak boleh sama sekali!*hentak- hentak kaki*


alahaiii..hensemnya kim hyung joong berkulit putih dengan senyuman manis yang menyerlahkan barisan gigi putih beliau..berkocak hebat hati anak dara saat terpandangkan wajah tampan aktor tampan yg kerap kali menghiasi drama-drama korea...tengok kim hyung joong pon ramai yang dah meleleh ,macam manalah agaknya dengan rupa pemilik wajah paling kacak sepanjang zaman ,iaitu NABI YUSUF A.S..?subhanallah...dikatakan kehenseman nabi yusuf tuh hanyalah sebahagian daripada kehenseman yg ada pada diri RASULLULAH S.A.W..wallahua'lam!
kim hyung joong kebelakangan nih sering dipilih untuk dijadikan duta produk-produk kecantikkan memandangkan mempunyai rupa paras yg menawan ...bercerita lebih tentang pemilihan duta produk kecantikkan wajah,kim hyung joong tidak pernah menyorok kepada peminatnya bahawa dia merupakan seorang lelaki yang selalu mengenakan barangan berbentuk kosmetik..ini sedikit bingkisan temubual bersama kim hyung joong yang aku baca dari laman web hiburan popular tanah air murai.com .amat menarik sekali untuk dikongsi bersama..

"saya memang selalu berdandan.sebab itulah juga saya gunakan faceshop untuk jaga kesihatan wajah saya.tapi,dalam waktu yang sama , saya malu sikit nak cakap pasal kecantikkan.saya bertambah malu apabila orang kata saya ni cantik.saya lebih suka menjadi diri sya.saya juga suka sesuatu yang terbaik buat diri saya.yang penting,saya ni jenis lelaki yang suka sangat mandi.lepas mandi,saya juga suka belai diri saya dengan barang kecantikkan"

yang tuh cakap kim hyung joong..yang nih nak selitkan unsur islamik sikit..kepada yang ada resdung tuh,better,bila korang ambil wudhuk ,korang amalkan wudhuk yang lengkap..maksud aku jangan amik yang wajib jer,yg sunat pon lebih afdhal korang lakukan sekali..terutamnya part memasukkan air ke dalam hidung yg dilakukan selepas berkumur dan disusuli dngan membasuh muka..masa tuh semua jenis hingus akan keluar..insya-allah..yang aku duk gebang nih benda yang pernah aku alami ..heehee :)
allah suruh walaupon benda tuh perkara sunat , ada hikmahnya..percayalah!
satu lagi,masa korang nak basuh muka ke,tempek bedak sejuk ke,better sambil syok menggosok korang amalkan baca surah yusuf ayat 4..insya-allah muka kita akan jd berseri-seri gituh..benda nih aku selalu dengar dr mulut nenek..yg penting mesti beristiqamah..kita sebagai manusia hanya mampu berikhtiar..sesungguhnya kuasa penyembuh itu hanya ada pada allah..mungkin ada antara kita lebih mempercayai perubatan moden yg boleh dilihat proses penyembuhannya melalui kaedah-kaedah suntikkan,pembedahan,ubat-ubatan dan sebagainya..dan mungkin sesetengah drpd kita akan merasa ragu-ragu bahawa dengan membaca sepotong ayat suci al-quran ,penyakit fizikal boleh sembuh tanpa menjalani prosedur perubatan yang umum..


firman allah s.w.t:

"hai manusia..sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari tuhanmu dan penyembuh penyakit(yang berada)dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.."
SURAH YUNUS AYAT 57



ehhh !porlu ka tempek gambar posing camnih?posing ala-ala teruna impikan dara jaaa :p

P/S:ada tak petua yang aku tak tahu , tapi , korang tahu tentang cara-cara nak mengatasi masalah resdung nih?anyone?jom berkongsi idea...
THANK FOR READING THIS ENTRY :D