Short trip to Langkawi : Island hopping and Makam Mahsuri

Author: aiman mania | Publish 9/08/2015, 20:46 | There is 58 Comment[s]

Assalamualaikum..

Awal semester 4 kali nih, merupakan permulaan semester yang agak hebat sebab awal-awal lagi dah pergi serang Pulau Langkawi duk berjimba sakan walhal semester baru bermula.Hebat tak?Orang lain gigih "pergi pagi , balik petang" dari kelas,kiteorang have fun together macam tak ingat dunia.Aku yang pada mulanya rasa taknak pergi,sekali upload gambar travel berkeping - keping kat Instagram kasi kawan - kawan jeles.Mana taknya..Masa kat Langkawi aku dan DSLR bagaikan kawan karib berpisah tiada.Untung ada DSLR nih tau.Selain boleh buat bergaya,every moments that we share together can be captured just by one click!


Dari Jeti Kuala Perlis sampai ke Langkawi ambil masa kira-kira satu jam setengah dengan kadar bayaran RM18.00 Sehala.Masa tuh minyak tak naik harga dan GST pon tak dikenakan lagi.Heeheehee.Gurau sikit :)
Oh ya!Kiteorang pergi Langkawi under package percutian RM135 satu kepala-Including accomodation,Breakfast,kenderaan,dan aktiviti Island Hoping.Berbaloi jugaklah bayar mahal - mahal tapi satu jeee yang aku tak berapa berpuas hati.Penghantaran servis terlalu lambat.Tunggu akak yang handle kiteorang punya pakej dalam lebih kurang setengah jam jugak!Mana taknya!Every seconds in Langkawi is very precious for us sebab keesokan harinya kena gerak balik ke kampus.FYI , kiteorang pergi Langkawi secara backpackers dan yang paling sedihnya kiteorang ada masa lebih kurang 48 jam je di Langkawi sebab taknak ponteng kelas lama-lama.Terserlah kredibiliti pelajar cemerlang di situh :3


Untuk penginapan,kiteorang pilih Sandy Beach Resort.Sandy Beach Resort nih sangat selesa dan kedudukannya pon strategik di sepanjang laluan Pantai Cenang dan ada banyak kemudahan.Kedai makan kat area sini tak payah cakap.Berlambak-lambak okay hinggakan kalau ko bawak satu kampung pon ada lagi tempat kosong untuk "nomnomnom".Overall aku boleh katakan Sandy Beach Resort nih salah satu accomodation terbaik di Langkawi.Cukup dengan pakej.Bilik bersih dan tandas pon berkilat bright shine like a diamond :p Thank you dan tahniah staf - staf SB resort!
Lepas siap urusan check-in dalam pukul 11:30 pagi, kiteorang tanpa membuang masa pulas enjin kereta pergi ke Makam Mahsuri sebab pada sebelah petangnya pula,kiteorang ada aktiviti Island hoping and will have some sports water.


Bayaran masuk ke Makam Mahsuri sekarang dah naik.kalau dulu RM7.00 sekarang dah naik jadi RM10.00.Dimanakah silapnya?Apakah wajah - wajah kami memang foreigner look alike atau silap kami sendiri tak tunjuk identification card?Atau jika BENAR sekalipon tiket naik harga, apakah mungkin ini sebenarnya ambang bermulanya era GST ?hehehehe...

Sebenarnya Makam Mahsuri nih terletak dalam Kampung Kedah.Haaaaa.....Dalam kampung Kedah nih bukan ada Makam Mahsuri je tau..Tapi,korang juga akan jumpa rumah Panglima Itam,rumah Tok Penghulu dan Rumah Mahsuri.Dalam banyak - banyak rumah , Rumah Tok Penghulu besar sekali tau!Yang bestnya,korang boleh masuk sesuka hati jer dan takde kawasan larangan.Tapi,behave yourself.Tak ke naya kalau "Mahsuri" tuh ikut korang balik rumah.heeeeeeheeee...


Masa kiteorang pergi rumah Mahsuri , ada golongan mak cik - mak cik tengah berzanji dan berselawat.Pada mulanya,aku ingatkan ada mak yong ke apa.Kiteorang tak amik port sangat sebab dalam rumah tuh penuh orang dah macam kenduri kahwin gamaknya.Senibina dia lawa dan masih mengekalkan senibina melayu tradisional zaman silam.Kagum tetiba dengan bangsa sendiri yang menghargai warisan turun-temurun nenek
moyang hingga ke aku yang entah keturunan mana generasi keberapa masih lagi dapat melihat benda - benda klasik dan retro sebegini.


Daripada bersesak-sesak masuk ke Rumah Mahsuri,ada baiknya kita singgah sekejap di rumah Panglima Hitam.Aku tak tahulah kenapalah Panglima Hitam nih terlalu obses dengan warna hitam hinggakan rumah dia  pon dicat dengan warna hitam.Masa masuk dalam rumah ni , aku rasa macam masuk sauna sebab panas sangat dengan ruang rumah yang sempit.Mcam manalah Panglima Hitam nih boleh hidup.


Sekitar dalam Rumah Panglima Hitam.Besar manalah Tuan rumah nih sebab tengok katil macam kecik je.


Memperkenalkan Dari kiri - Lili , Na , Kak Emiqa dan Kak Ya.Dalam ramai - ramai seorang je orang Utara yang lain - lain ore pata timur - kelate dan Ganung kito.Umur sebaya tapi panggil kak sebab tahlahhh....dah terbiasa dengan panggilan sebegitu.Hangout sama - sama dan tak pernah miss walau satu member.Yang uniknya macam mana aku sorang je laki dalam group nih.Kadang - kadang bila hang-out geng - geng perempuan je yang drive.Aku yang tak pandai drive, duduk bersilang kaki macam boss.Epik sangat.

"Leman tak pandai naik keto , nok bowok bini lagu mano?"

Okay,bab laki ta pandai drive kereta ni isu sensitif!

Lepas penat - penat pusing Makam Mahsuri let's go pekena goreng pisang panas dan air kelapa fresh kat stall berhampiran!Kalau korang nak tau dekat Makam Mahsuri ada mak cik - mak cik jual minyak gamat dan barangan kraftangan.Wehhh!Kalau datang Langkawi jangan lupa beli ubat gamat banyak banyak bagi kat sanak saudara,jiran rumah sebelah dan sahabat handai.Jangan jadi macam aku yang sangat berkira bab - bab belanja.Pergi dengan tangan kosong,balik pon dengan tangan kosong.HAHAHHAA...Minyak gamat kat sini kemain murah sehinggakan kalau kau balik kat daratan semula kau boleh jual dua kali ganda beb!Tak ke ko boleh buat rumah besar macam Bill Gates jadi Usahawan minyak gamat berjaya?RM8 for 15 bottles.Kalau beli banyak mak cik - mak cik kat sini boleh je bagi diskaun.


Saya tak kenal mak cik , tapi , saya doakan mak cik murah rezeki  :D
Jom sama - sama kita memeriahkan industri Small & Medium Enterprise(SME) negara kita.Jangan kau pandang sebelah mata dengan keusahawanan kecil - kecilan kerana Pasaran Kecil Sederhana(PKS) inilah penyumbang terbesar dalam survival ekonomi negara!Pernah dengar tak berita sepasang warga emas buat kuih pau sampai kuih pau diorang popular kat London?Itu satu contoh usahawan yang berjaya!Beli barangan buatan Malaysia , lagi-lagi nilai mata wang negara kita sedikit drop.Baru nih aku pergi Wang Kelian kat Sempadan Thailand.Orang Thailand pon dah refuse nak terima duit kita. T_T


The scenery is very beautiful like ever!Walaupon matahari tegak terpacak atas kepala,tapi,Aktiviti tetap dijalankan.Kat sini tak payah nak cakap apa.Mat Salleh everywhere.Masa nak naik bot tau,ada sorang kakak nih amik gambar kiteorang one by one.Dalam hati "Baik gila akak nih amik gambar kiteorang,nak masukkan dalam blog dia la tuh".Lepas habis je Island Hoping,terus ditariknya kiteorang.Oh!patutlah..Baik ada makna rupanya.Disuruhnya kita beli gambar kiteorang yang diprint atas piring.heeheeheehee..Sebagai seorang yang sangat berkira bab-bab belanja aku blahhh gituh jer malas nak amik port sangat.Jahat gilo aku nih.Yalahh!Piring ada gambar kito bukannya boleh buat kenyang perut pon.Lainlah kalau depa cakap "beli benda nih,percuma satu set family KFC selama 7 keturunan".Sapa tak mau.


Pulau Langkawi tuh kan cantik.Dan aku pulak minat Korea.Kagum sangat dengan keindahan Pulau tuh, mulut aku ter-sebut "kiyowo~kiyowo~" Banyak kali jugak ajet ajet pelancong obersi(baca:oversea) dari Korea.Lepas tuh,ada seorang amoi nih berpaling ke arah aku.Serentak aku bertanya "Are you Korean?" "Yesss!yesss...I'm from Korea" Sejurus lepas tuh,kiteorang pon greet dia secara serentak "Annyonghaesayoooo~~!!"Dia gelak - gelak sambil angguk-angguk kepala.Kagum barangkali!Kami namakan dia "Kim Eugene" sebab nama tuh sesuai sangat dengan rupa dia yang lawa,wangi dan dia punya english banyak bagus.Wakakkaaka...For the first time,aku jumpa orang Korea yang baik hati macam dia.Dengar dia cakap dah macam tengok Running Man secara live.Macam Song Ji Hyo pon ada.

Dan tak lupa juga..Selain pelancong Korea, kami juga satu bot dengan pasangan warga Holland.Sweet gituh.Aku agak mungkin diorang pasangan suami isteri dalam mood bulan madu.Dalam bot tuh,Kalau diorang tak faham penerangan dari driver boat,kiteorang lah yang jadi tukang translate.Kiteorang kan student.. :)


First destination ialah Pulau Dayang Bunting.Kagum aku tengok punyalah cantik Allah cipta.Kalau korang perasan, Pulau Dayang Bunting nih menyerupai wanita yang mengandung.Cakap pasal Dayang Bunting aku ada cerita lucu.Punyalah susah Kim Eugene dan dia punya kawan nak identify pulau yang berbentung orang mengandung nih.Ambil masa jugak kiteorang nak fahamkan dia.Lepas tuh

"OOOOOOOO.......I think the big one is Boob...Omaigod!At first I think she have a really really big boob...eotoakke...Neomu neomu chincha"Dia dengan kawan dia gelak-gelak.Apalah mindset si Kim Eugene nih..Boleh tahan dia punya fantasi!Lempar masuk laut baru tau.


Jangan buat - buat tak tahu.Kat Pulau Dayang Bunting banyak aktiviti riadah yang ko bole buat.At first,aku pon rasa "ehhh...bosannya!Takkan tengok-tengok,jalan jalan cuci mata je?"
Kat sini bukan sekdar cuci mata tengok Mat Salleh hot,burung-burung,kera-kera je,tapi,ada perkidmatan sports water kepada engkorang yang berminat nak rasa satu kelainan bila bercuti.Salah satunya seperti gambar di atas.Tentang bayaran aku tak pasti sebab aku takder hati langsung nak try,sebab aku kan kedekut kan?Haaahaahaa...


Kalau ada bawak duit lebih boleh sewa benda alah nih.Btw,pernah dengar tak,kalau susah nak hamil boleh cuba minum air Tasik Dayang Bunting.Betul ke?It seems like a mitose for me.Tapi,alang-alang dahaga habis jugak sebotol aku teguk Air Dayang Bunting nih.Mana tau aku mengandung lepas ni.Heh!Rasa dia tawar dan ada sikit-sikit macam payau.Kawan tanya , "mu nih Leman,tak takut ke air nih campur dengan air kecing Mat Salleh..Bahayo sunggoh mu nih!" Buat muka toya and cakap dalam hati kuat-kuat "Donno...don't care!"..Kiteorang just amik gambar je kat sini,tapi,kalau nak cuba mandi and try sports water dipersilakan..


Bergerak ke destinasi seterusnya,Eagle Feeding.Sempat pulak aku tangkap gambar dari dalam bot ,mother and her cute son.Kiteorang jumpa budak tuh kat Pulau Dayang Bunting dan terus nak amik gambar sebab budak laki tuh comel gila macam kembar tiga Korea yang popular tuh , Daehan,Minguk and Manse.
Dengan chubbynya,dengan rambut mushroom-style, dan innocent sapa tak geram kan?Pelik aku.Mak dia macam chinese dari China dan ayah dia plak Arab.Wahhhhh...patut anak dia comel.Anak pon CHINARAB (China + Arab)..heheehehe..


Masa kat Eagle-feeding nih,aku kagum sampai ternganga mulut tengok pemandangan yang sangat mempersona.Epik sangat.Tak sia-sia bayar pakej mahal - mahal tengok ciptaan Allah yang maha esa.Tak pernah aku rasa setenang dan sedamai ini.Ye benar!Tengok laut kan dapat pahala.Teringat ceramah Dr. Fadzilah Kamsah.Kalau nak hati tenang tengok hidupan lain.Tengok batu,tengok haiwan peliharaan,tengok bunga....Sebab apa tengok benda benda sebegitu hati rasa tenang?Sebab hidupan hidupan itu suci dari dosa dan sentiasa berzikir kepada Allah,The creator!Allahuakhbar...Rasa nak tengok Kaabah depan mata dan panjatkan doa dan sembahyang sekhusyuk-khusyuknya!Doakan aku ye,satu hari nanti.


Next destination is Pulau Beras Basah.Suka sangat la tuh tengok Mat Salleh tengah berjemur.Pandai-pandailah kau jaga mata bila berada kat tempat tempat macam nih.Macam-macam spesies manusia ada.Haahaahaa...Jangan tanya aku kenapa nama Pulau nih Beras Basah..Kalau kau tuh jenis berharta,trylah main banana boat atau pelampung yang macam donat.Mahal gilo weh!Cekik darah betul.Fikir dua , tiga kali jugak nak main.

I think setakat inilah sahaja my story about a short trip to Langkawi.Insya-Allah kalau ada masa terluang aku sambung lagi.Nak sambung pon dah macam takde mood sebab percutian ke Langkawi ni dah beberapa bulan yang lepas.Aku sengaja perap lama - lama entry ni mana tau lepas publish jadi nugget :p




58 comments

8 September 2015 at 22:05

Dulu, masa zaman kecik2, selalu jugak pegi ke Langkawi dan minyak gamat adalah barang WAJIB beli... hihi

8 September 2015 at 23:01

Salam singgah sini dik.... wahh....cantiknya pulau langkawi... bila lah dapat pergi ke sana...hihi. .

8 September 2015 at 23:04

Salam aiman mania,

Saya akan ke Langkawi next year for the first time, entry ni membantu sangat.. thanks.. :-)

9 September 2015 at 01:52

Seronoklah pergi langkawi. Df ni tak sampai lagi. Tapi inshaa Allah rezeki Allah bagi Dan Allah izinkan Df akan pergi

9 September 2015 at 02:38

aku duk kedah 5 tahun tapi langkawi baru sekali je sampai..huhu. hari minggu p penang salu.

9 September 2015 at 03:55

impian my yop nk g sini..insya ALLAH one day

9 September 2015 at 04:56

Wahhh...seronok jalan2 ya.

9 September 2015 at 05:56

cantik view...hehehe

9 September 2015 at 06:41

bestnye g langkawi, kite je tak sampai2 lagi. takpe2 nanti one fine day. hehe

9 September 2015 at 16:47

Salam...singgah pagi...
Membalas kunjungan...Thanks sbb singgah blog saya...
nice entry...sgt membantu sya..bcoz..Insya'Allah akan ke langkawi dlm tahun nie..so,boleh plan nak ke mana :)

9 September 2015 at 18:47

rindu nk p lgkwi lg.. lamanya x p.

9 September 2015 at 19:07

Salam singgah, tu diaa...panjang nau entrynya haa...hahaha
1. Ada DSLR mmg best untuk amek pic, tp skang aku punya dah problem, sbb lama xguna..hahah
2. Bestnye rumah Mahsuri, aku belum penah bercuti lagi ke sini...rase cm jauh gila pulak nak g dpd selatan..haha
3. Bukan laki je, pempuan pun sensitip kalau xleh drive, nyampah! haha
4. Sempat lagi ko menyamar korea kan~ percaya pulak org tu~ haha
5. Haa, satu yg aku suka part eagle feeding tu, tgk review org yg dh pegi, rasa best betul. Kagum dpt tgk helang terbang melilau sekeliling kita...

Selamat berstudy lah ek...org berjalan lepas habis exam, kau clas baru nak start dah bercuti..hahah

9 September 2015 at 19:53

dah bertahun tak ke pulau langkawi ni. rindu pulak rasanya :)

9 September 2015 at 20:43

bestnya trip camnie ngan kengkawan.
best lak jumpa dan sembang dengan orang korea cam kim eugene tu, mesti peramah kan?? hahahhaa.

teringin nak pergi kat pulau langkawi T^T

10 September 2015 at 02:27

follow sini :)

10 September 2015 at 18:10

untunglar ada dslr., gmbr pon chantek kannn ;p

10 September 2015 at 18:20

Cik mimie belum pernah jejak kaki kat sini lagi...hukhuk

10 September 2015 at 18:46

hehee.. dah pernah pergi.. dan tersangat best.. tapi so sad sebab tak berpeluang nak pegi tasik dayang bunting tuh.. huhuuu

10 September 2015 at 20:00

wahh bestnyer dapat jalan2 dan jumpe "kim Eugene"
anyway what happened to your english blog? Interesting magazine cover though hehehe

10 September 2015 at 20:03

nak cokelat ^_^ dulu2 pernah dok langkawi. tk da lgi tmpt2 yang lawa2 ni ^^

10 September 2015 at 22:58

Tak pernah puas bercuti di pulau langkawi....

11 September 2015 at 03:20

Dah lama kot tak pergi Langkawi. Best pergi pulau macam ni ;D

11 September 2015 at 08:40

Behnya g langkawi..

11 September 2015 at 09:40

Boleh tahan gak pulau langkawi ni eh...Aku memang tak pernah lagi pergi pulau langkawi ni, rasa cam nak pergi gak...Tapi, plan terdekat ingat nak g Krabi. Kalau semua tempat nak pergi, kering la duit aku...

11 September 2015 at 18:17

Hai orang besut. Enjoy sakan pi Langkawi. Dah merasa sekali pergi Langkawi tapi tak sempat pergi makam mahsuri. :P

11 September 2015 at 19:29

Seronoknyaaa dapat ke Langkawi. Saya teringin sangat nak ke Langkawi ni.

12 September 2015 at 09:21

Vavava.....panjangnya entri....lenguh mata mak nak baca weyh hihi....
Lama dah pergi Langkawi ni, best shopping corelle jer hihi....tp nak bawak balik tu yg malas....
Teringat ingat Pantai Cenang yg sangat happening pada belah mlm...

Wahhhh....bestnya kumbang dikelilingi bunga Aiman

12 September 2015 at 09:45

Lama sgt xjejak kaki ke langkawi

13 September 2015 at 05:42

waaaa.. bestnya.. one of the place that i wanna to go uuk honeymoon..hahahha.. x ajak pon.. haha..

13 September 2015 at 06:48

syoknya dpt p jalan2 .. hehehe

13 September 2015 at 07:49

Tak pernah jejak langkawi lagi saya ni..

13 September 2015 at 09:11

amboi bebetul sakan berjimba ye aipppp ~

13 September 2015 at 18:28

Lama sungguh makcik tak ke Langkawi AM
Ada keinginan tapi belum ada plan buat masa ini.

13 September 2015 at 21:46

Wah bestnya berjalan.

13 September 2015 at 22:15

Daebak!

Sambil baca sambil gelak sambil dapat banyak info. Dapat jumpa Kim Eugene bukan main gembiralah ya!

Lama dah tak sampai Langkawi ni. Maklumlah sibuk, bukan student ^_^ Memangnya Aiman and the gang ni student contohlah, memonteng pun tak panjang. 48 jam tu rasa macam lama sangatkan!

Langkawi memang sejak dulu lagi cantik. Kalau pergi rasa tak mahu balik. Duduk tengok laut, tengok keindahan alam semulajadi. Tapi kalau duduk Langkawi, akak tak boleh pulak nak ngukur jenis-jenis batu kat shopping mall ~_^

14 September 2015 at 00:37

teringin jugak nak ke langkawi.

14 September 2015 at 12:11

Ya Allah bestnya!!! last pi langkawi masa umur belasan tahun.. skang dan 30an... huhuhuhu lamaya tak pi langkawi!!!

14 September 2015 at 20:59

nice trip.. btw, tq sebab sudi 'visit' dorsettpink.blogspot.com

15 September 2015 at 17:15

ohhh kpoper rupanya xDDD serious best baca entri ni, dh rasa mcm ada kat sana pulak. tggu giliran saya pulak pegi nnti :D

15 September 2015 at 19:33

sakan berjimba bro.. takpe have fun sebelum assignment jatuh melambak depan muka.. :D

15 September 2015 at 20:17

Seronoknya cuti-cuti Langkawi! Cantik-cantik gambar :)

15 September 2015 at 20:18

Pegi langkawi wajib borong minyak gamat & coklat :)

15 September 2015 at 22:11

Best cuti2 langkawi..

15 September 2015 at 22:19

dah macam g oversea ja klu bercuti di langkawi, everywhere mat saleh..huhu

16 September 2015 at 21:45

Aiman pergi bila ni...? Kak Sally baru je balik daripada Langkawi...tapi kalau ikut statement peram sampai jadi nugget macam dah lama je kan..muahahahha

17 September 2015 at 18:52

assalam aiman.. best dapat bercuti di langkawi.. kak aiza baru bercadang nak ke sana..

17 September 2015 at 21:01

Jenuh selak belek Iklan kat sini, tak jumpa pulak....rumah akak pun la ni iklan tak muncul, mana tah dia pi menyorok tah....

19 September 2015 at 07:53

Wah seronoknya :-)

Anonymous
20 September 2015 at 00:52

Krim gamat lagi best dari minyak gamat! Tak busuk. Hahaha. Mahal sikit le sebotol rm10. Hehe

20 September 2015 at 21:43

Tak pernah lagi pergi Makam Mahsuri hmm. Teringat pulak last pergi Langkawi rinduuu.

22 September 2015 at 05:58

Akak pun dah tak ingat kenangan kat langkawi ni.Teringin nak island hopping. hhh. Cantik sangat viewwww!

Nak gamat satuuuu

28 September 2015 at 19:48

bila la cik en nak pi sana ni.. angan2 slalu x jadi

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Entri promosi Tawaran Iklan di Blog Nurfuzie.com Serendah RM10
dan entri ini Malaika Oil - Produk Semulajadi Terbaik Untuk Kulit Anda

5 October 2015 at 09:27

best nya langkawi banyak sangat tempat menarik . Nanti mommy bole rujuk dari sini je kalau nak ke langkawi.

19 October 2015 at 01:14

baca entry ni terasa nk g langkawi lagi pd hallll... bln 2 aritu dah terjah!!!

langkawi mmg terbaik kan???

23 October 2015 at 01:06

fuhhh dik!! panjang entry ko
berpeluh akak nak mengabiskannya...hehe
tapi nice story...gambo pun cantik2

akak tak penah sampai langkawi
pasal tasik dayang bunting tu, memang pernah dengar gitu
tapi tak molek pecaya dak, khurafat...hehe
anyway akak done follow ini ye

24 October 2015 at 06:13

Waa besstnyer Langkawi...seronok nampak aiman and the gang bercuti..waa ramai2 semua pompuan terselit kumbang kat tgh tu sorang hehehehe..ok nnt akak bloglist blog aiman senang nak terjah sini lagi..k bye

21 December 2015 at 00:20

kakak yaya bru je p hari ni langkawi...
yaya lama da xp..tringin nk g lagi.. ^_^

27 February 2016 at 23:43

Sempoiiiiiii....hariaaaaa Penang Hariaaaaa

Post a Comment