Jurnal Kesyukuran

Author: aiman mania | Publish 9/04/2014, 05:57 | There is 50 Comment[s]

Assalamualaikum..
SYUKUR hari ini,sudah dilafazkan?Bukan kena bayar pon,heehee...Gerakkan mulut dan lidah sikit dan cuba perlahan-lahan sebut "Alhamdullilah"..Buat je..

Ya Allah , Aku bersyukur dengan nikmat
.......................................................................................
...............................................................
....................................
(SENARAIKAN DENGAN SPESIFIK)

Ya Allah , Aku bersyukur dengan nikmat
.........................................................................................
.............................................................
....................................
(SENARAIKAN LAGI)

Sebut dan sebut.Hayati tau?Tanpa sedar air mata menitis.Kerdilnya kita disisi Allah.Bila buat baru kita sedar kita manusia berstatus hamba disisi Allah yang tak punya apa-apa.Bila  buat baru kita tersedar yang kita manusia yang selalu alpa dengan pemberiannya.Tak malukah kita?Sudahlah hamba hina dina tapi tak tahu bersyukur dan berterima kasih.


Alhamdullilah..Masih dipanjangkan umur untuk menaip entry mengisi cuti semester yang masih berbaki kira-kira seminggu dari sekarang.Cuti lama-lama bosan juga.Jasad di rumah,tetapi,hati di UUM tercinta.Syukur kerana Allah tiupkan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Masa yang banyak terluang mendorong aku untuk membuat muhasabah diri , merenung orang-orang sekelilingku , berfikir sedalam-dalamnya tentang hikmah apa yang Allah jadikan aku seperti hari ini.Syukur untuk itu semua..

JURNAL KESYUKURAN 1: ADIK DAPAT LESEN KERETA


Selasa,19 Ogos 2014;22 Syawal - Pagi-pagi lagi aku minta izin dengan mama nak temankan adik pergi test lesen kereta dekat pusat latihan memandu , PIMA Academy.Ma pada mulanya agak keberatan tapi,last - last kasi lampu hijau dengan alasan kat sana nanti aku boleh bacakan Yaseen kasi adik hilang gementar nak test kereta nanti.Ketahuilah , ini alasan "PA . WAU . YA . WAU" atau Poyo yang aku reka semata-mata sekadar nak menyedapkan hati ma.Oooppsss!Mana tidaknya aku bersyukur sebab ini kali ke-5 adik aku pergi test lesen kereta setelah gagal berkali - kali.Kali ke-5 barulah menjadi.Adik yang dapat lesen,aku pulak yang gembira lebih - lebih.At least doaku termakbul.Itulah!!Derhaka lagi kat abang kau.Derhaka kat orang yang lebih tua susah nak pass exam woiii ... :3


JURNAL KESYUKURAN 2 : GADJET PILIHAN HATI


Bukan sehari dua ,tapi,dah lama aku mengidam nak ada kamera sendirik.Ini bukan calang - calang kamera kawan - kawan , tapi , ini kamera jenis DIGITAL-SINGLE-LENS REFLEX CAMERA atau nama kontotnya DSLR.Bukan senang nak pujuk Datin Halimah iaitu mak kita sedirik nak suruh sponsor beli kamera nih.Hasil duit ibunda dan aku sikit -sikit , maka , dapat jugaklah aku jadi photographer picisan.Aku beli DSLR pon sekadar suka - suka jer.

Dulu , sempat jugaklah masa semester 1 kat UUM , aku guna notebook kecik lengkap dengan pakej - KEYBOARD ROSAK!Nak menaip assignment laju - laju pon jadi tak tentu arah.Nak check portal pon terpaksa pinjam roomate punya laptop.Mula - mula rasa malu . tapi , bila dah lama - lama , muka jadi lain macam tebalnya.Kadang - kadang main rembat je.Dasar muka tak malu!heeheehee..Naik je semester dua pujuk Bos suruh beli laptop cap epal....Alhamdullilah..Bos perkenankan hajat.Tapi,bukan laptop cap epal tapi laptop warna merah macam epal jenama ASUS.




JURNAL KESYUKURAN 3 : BERGELAR MAHASISWA AKHIRNYA!



Al-kisahnya,pada suatu pagi yang hening seingat aku.Usai sahaja bacaan Al-Quran bersama kawan-kawan,guru kelas masuk.Kelas dimulai dengan doa penerang hati disusuli dengan perbualan santai antara guru dan pelajar - pelajar.Entah macam mana aku boleh terlanjur cakap.


"Saya nak pergi Korea cikgu!amik Banking!"


Fuhhh!Kemain lantang ayat keramat tuh meluncur laju tanpa disuruh - suruh sebab time tuh kemaruk

K- Pop tak habis - habis.Sampai sekarang , bila member - member buat mini Reunion kat sekolah , cikgu pasti akan tanya yang berbunyi lebih kepada sindiran :'(

"Aiman Boleh pergi sambung belajar kat Korea tak?"


Secara zahir , orang lain tengok aku boleh lagi senyum - senyum bila diajukan pertanyaan sebegitu , tetapi , dalam hati mau sahaja aku membidas memulangkan paku buah keras.


"Boleh aja cikgu..KPM hantar saya belajar kat TOKYO! sinTOKYO , Kedah , UUM!!!"


Apalah Aiman nih!Cikgu nak bergurau je,aku pulak yang hangin..Hahahahaha..Alhamdullilah..Walaupon UUM bukan pilihan yang paling utama,aku still boleh enjoy life aku as a student kat sini seadanya.Walaupon study ditemani monyet - monyet dikelilingi hutan rimba dan bukit bukau , aku tidak lupa menitipkan kesyukuran.Alhamdullilah!Kos ini bukan kos lelong..Bukan kos cap ayam!Bahkan menjanjikan kerjaya professional suatu hari nanti.Ya!Inilah semangat bakal pemegang ijazah BACHELOR OF BANKING WITH HONOURS yang bakal jadi jenazah.. :')


Ya...Surat tawaran sambung belajar ke Universiti Utara Malaysia selepas berhempas pulas menempuh peperiksaan awam,STPM.Syukur doa diterima Allah untuk mendalami bidang PERBANKAN


JURNAL KESYUKURAN 4 : LULUS TEMUDUGA AIESEC

Korang pernah tak merasai betapa gementarnya saat - saat ditemuduga , lebih - lebih lagi pergi dengan tiada persiapan rapi?....Ya!Aku pernah merasai saat - saat ngeri sebegitu!Oh ya!Sebelum aku terlupa mari aku perkenalkan apakah AIESEC itu..Bunyi macam sedap je..

Nama Universiti ? Bukan!
Nama kolej swasta ke?eh!eh!eh!tu pon bukan

Setakat pengetahuan aku yang hanya secetek air longkang belakang rumah , AIESEC nih adalah satu organisasi bukan kerajaan (NGO) yang bukan main hebatnya!Menariknya,program di bawah kelolaan AIESEC nih melibatkan pertukaran pelajaran di dalam dan di luar negara.Ini bukan sebarang exchange!Bila kita setuju untuk mengadakan exchange student , ini bermakna kita akan bekerja di luar negara.Bekerja?Bunyi macam menggerunkan!Bekerja di sini bermaksud kita akan melakukan projek - projek berbentuk kemanusiaan sambil melancong di negara orang.
Sebelum cuti semester hari tuh , aku bercadang ke Jodhpur,India di bawah program AIESEC.Projeknya simple jeee..Snap - snap  pic  dan promote tempat - tempat menarik kat sana ke serata pelusuk dunia melalui exhibition or poskad!Setahu aku , Jodhpur ni memang kaya dengan ketamadunan , kesenian , kebudayaan dan keagamaan terutamanya agama Hindu.Kalau korang nak tau,AIESEC nih hampir semua negara kat dunia ada.In short , AIESEC merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang bersifat global dan mesra komuniti.Kat Malaysia,AIESEC hanya bertapak di 12 buah universiti je,iaitu :

  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Putra Malaysia(UPM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM)
  • Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
  • Universiti Malaya(UM)
  • Universiti Malaysia Pahang(UPM)
  • Universiti Teknologi Petronas(UTP)
  • Taylor's University , Subang Jaya
  • University Of Nottingham
  • SEGI University College,DAMANSARA
  • Curtin University
Sambung lagi........Senior cakap , kalau dapat sijil AIESEC memang sah pelajar tuh bila graduate universiti dengan result bagus - bagus punya masa depan yang cerah dalam pasaran kerja nanti.Apa-apa pon rezeki terletak di tangan Allah.Alhamdullilah..Aku bersyukur aku lulus walaupon sedikit gementar bila ditemuduga 100% dalam bahasa Inggeris!

Antara negara - negara yang mnyertai NGO AIESEC!Israel terkecuali  :)


JURNAL KESYUKURAN 5 : SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKU BERUBAH


Dulu , memang aku akui aku memang hamba Allah yang teruk.Teruk segala - galanya!!Mungkin selama ini aku lupa..aku leka...Allah tarik balik nikmat yang dipinjam buat aku insan yang mungkin kufur nikmat & tidak bersyukur.Bertitik tolak dari kegagalanku menamatkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perak aku tersentak dan baru aku tersedar.Ya!Aku sudah banyak tersasar dan terpinga - pinga mencari jalan pulang.Bertitik tolak dari kegagalan itu , aku mulakan setapak demi setapak untuk bangkit kembali.Aku mulakan perlahan - lahan dengan membaiki semula hubungan dengan sang pencipta.Tapi , Aku tidak berani mengatakan aku 100% berubah.Apabila aku katakan aku sedang berubah , kadang - kadang diri ini terbabas jua.Apa yang aku perasan hidup aku berubah sedikit demi sedikit.Alhamdullilah..Kini , aku lebih tertarik dengan hal - hal bersifat keagamaan dan kerohanian.Hati jadi tenang dan aku mula rasa terinspirasi dan termotivasi secara automatik bila menelaah buku - buku keagamaan yang tidak lari dari konsep ilmiah!

Bagaimana dengan K-POP?Ya!Harus akui minatku yang satu ini makin lama makin surut.
  • Kalau dulu beli Metro Ahad semata-mata nak baca pekembangan artis Korea,sekarang tidak lagi.
  • Kalau dulu , update blog asyik nak pasal artis Korea je memanjang,sekarang tidak lagi
  • Kalau dulu , tiap -tiap bulan WAJIB beli majalah  epop,sekarang tidak lagi
  • Kalau dulu nak tiru style K-POP je,sekarang tidak lagi.
Kalau ya pun aku ada kaitan dengan semua ini , jujur aku katakan , itu hanyalah minat yang sekadar melepaskan batu di tangga!Aku tidak sefanatik dahulu.Mungkin fikiranku sdikit matang kukira.Melihat rakan-rakanku yang sekepala gila - gila denganku mula berhijrah , aku jadi terikut - ikut.Mereka boleh mengapa aku tidak??Orang kata jangan tutup kemas - kemas buku lama apatah lagi dibuang kerana ada masanya perlu dibaca sebagai peringatan di hari muka dan sebagai tanda kita sudah lepas dari fasa kegelapan.Yang berlaku sudah pon berlaku,tak dapat diundur semula dan hampir mustahil boleh diperbaiki satu - satu.Kita pernah jahil dulu.Kita masing - masing punya kisah silam.Kita pernah punyai hidup yang kelam dan serba suram.Berubah?Penghijrahan?Alhamdullilah... Tetapi , kawan - kawan kena ingat yang asasnya solat.Selagi solat 5 waktu tak dijaga rapi dan tidak dijadikan tunjang utama,asasnya akan rapuh!Yang kamu kata berubah itu tidak lama.Percayalah!Kunci berubah ialah solat.Insya-Allah mari kita usahakan sama - sama.

Salam Ukhwah Fillah abadan abada.Ilalliqa' !!

Thank You Reading My Entry ~


50 comments

4 September 2014 at 06:23

Alhamdulilah :)

panjang lebar entry dia ni :o

tahniah da dapat gadget pilihat hati.. teringin nak pakai jugak. hee

dan tahniah dapat sambung belaja dan temuduga tuu..

goodluck tauu :D

4 September 2014 at 07:16

alhamdulillah atas segala kurniaan. doakan akak pass test bulan 10 ni. sangat berharap akak pass semua sekali. huks.

4 September 2014 at 07:16

alhamdulillah atas segala kurniaan. doakan akak pass test bulan 10 ni. sangat berharap akak pass semua sekali. huks.

4 September 2014 at 07:16

alhamdulillah atas segala kurniaan. doakan akak pass test bulan 10 ni. sangat berharap akak pass semua sekali. huks.

4 September 2014 at 17:11

syukur . alhamdulillahh

4 September 2014 at 18:03

Syukur alhamdulillah :) Keep it up Aiman :) Terus berusaha and belajar rerajin tau..Cik Mimie doakan Aiman capai cita-cita nak ke Korea tu :) amin..

4 September 2014 at 19:34

Alhamdulillah murah rezeki u Aiman, lagi-lagi bab masuk u kos yang awak nak g korea tu..hahaha..Sintokyo pun ok.. :) Mana tau lepas ni sambung study dekat Korean plak..Rezeki masing-masing.. Btw, tahniah.. :)

p/s: Klik iklan awak Aiman.. :)

4 September 2014 at 19:42

Alhamdulillah, tahniah utk semuanye....;-)

4 September 2014 at 22:08

Alhamdulilah. Tahniah Aiman, expecialy untuk masuk U tu. dalam ribuan student yang mohon awak dapat. Tahniah !

5 September 2014 at 00:34

Waaa tahniah! btw nak belajar la cara2 pujuk mak belikan gadget2 gitu hhaha

5 September 2014 at 03:44

DSLR tu kalau taknak boleh bagi dekat sini eh. haha panjang nau entry.. Tapi tetap bace sampai habis. Budak kpop katenye~ dulu katenye~

5 September 2014 at 19:17

Alhamdulillah...terlalu banyak benda nak disyukuri kan?Gud job dik!Semoga lebih berjaya lepas ni.. :) YM follow kat sini ye...

6 September 2014 at 02:08

Assalam Aiman..akak JM singgah sini...betul tu kita perlu sentiasa bersyukur sebagai contoh paling dekat Allah beri kita bernafas tanpa henti setiap hari tanpa bayaran..syuku ya Allah

6 September 2014 at 03:01

alhamdulillah dik.... syukur syukur.. rezeki Allah...

6 September 2014 at 07:35

entry ni best suka part

"Aiman boleh pergi sambung belaja kat korea tak?" hehe ayat perli tuu ..

btw tahniah aiman :D

6 September 2014 at 09:10

salam kenal..gud3..xsemua yg dapt hidayah utk berubah..mmg shud b brsyukur..btw, salam prkenalan..

6 September 2014 at 18:20

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu dik...Tahniah dan syukur Allahamdulillah kerana telah berjaya dengan apa yang di impikan,..dan sentiasa bersyukur dengan apa yang telah di kurniakan...Terima kasih dik sudi singgah kat blog akak....

6 September 2014 at 21:18

Congratss Dapat UUM !!
Belajar elok2 hokay!

7 September 2014 at 02:24

AIESEC tu ke mohon ke atau die bagi tawaran kat kite?

Anonymous
7 September 2014 at 04:51

Alhamdulillah..semua urusan dipermudahkan oleh Allah

7 September 2014 at 05:12

Nikon apa ya yang awak pakai tu
Sekolah saya pun ada AIESEC juga tapi saya takut sikit nak join.

7 September 2014 at 05:51

alhamduillah atas segala yang Allah S.W.T berikan. Semoga kita tidak pernah melupakannya.

Ani melawat kembali ^^

Anonymous
7 September 2014 at 07:11

panjang benar jurnal dia hehe. bestnya dpt gadget pilihan hati~

7 September 2014 at 08:25

zaman study dulu pun minat kpop juga tp bila dah besar sikit, dah matang sikit lama-lama minat terhadap kpop tu berkurangan dah =)

7 September 2014 at 09:29

You are nominated http://miamorzafirah.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

7 September 2014 at 10:27

Alhamdullilah. Suka dengan perubahan Aiman.

Aisec tu bagus juga. Good luck dalam Aisec. Akk masuk SIFE/Enactus. Hehe.

Good luck di UUM!

Syukur :)

7 September 2014 at 17:02

humak aih...panjang benor entry....hehe...apa pun...alhamdulilah...dapat bergelar mahasiswa....tahniah.....

Anonymous
7 September 2014 at 17:11

hai ! good luck awk =)

Anonymous
7 September 2014 at 17:11

hai ! good luck awk =)

7 September 2014 at 18:35

betul punya byk kesyukuran yang diterima...semoga makin murah rezeki lepas ni...

KPOP tu tak salah...terkadang sebab fanatik yang jd x best...so, just keep calm and listen...no need to be their die hard fans...and please exclude me if regarding to CNBLUE.. :P

7 September 2014 at 18:59

Banyaknya kesyukuran. Alhamdulillah. Bolehlah buat kenduri kesyukuran macam ni. Kasi belanja habes semua readers and followers. ^^

7 September 2014 at 21:17

alhamdulillah...


p/s sy da jawab pertanyaan anda...ada di blog sy... dan da klik jg

7 September 2014 at 22:17

as salam. alhadulillah ya rabb..

8 September 2014 at 07:33

tahniah abang ^____^.... moga moga terus berjaya dalam hidup.. fighting! hihi..

8 September 2014 at 19:35

Seronok baca entri ini. Tahniah, smg Aiman terus sukses.

9 September 2014 at 03:47

Tahniah utk semua kejayaan yg tlh dkecapi.Semoga terus berjaya dalam hidup. Goodluck. :D

9 September 2014 at 07:22

Alhamdulillah even tak dapat gi korea, sintokyo pun dah buat aiman cintakan UUM kan.. hehe.. saya belajar kat UTeM. hehe.

9 September 2014 at 19:44

Alhamdulillah syukur padaMu ya Allah ..Tahniah ya Aiman ..Kak Lya doakan Aiman berjaya duniaakhirat ..aamin aamin aamin

10 September 2014 at 18:11

Alhamdulillah, diberi kesedaran dan mahu berubah itu adalah satu nikmat dariNya yg sangat perlu disyukuri. Balas ziarah.
terimakasih kerana singgah dan komen di http://srikandiofficialblog.blogspot.com.

11 September 2014 at 19:46

Yang lepas biarkan berlalu...ada hikmah sebenarnya kita gagal sebelum ni....Mingkin itulah turning point kita utk berjaya....Apa pun gud luck yer Aiman!

11 September 2014 at 21:08

comelnye bb dlm pc tu..

folo sini

13 September 2014 at 06:11

Alhamdulillah.. syukur dengan setiap yg Allah aturkan untuk husna, inshaAllah ada hikmahnya walau husna berat hati nak menerima..

husna baru taw pasal AIESEC.. rupanya inilah persatuan yg student tukar skolah tu ye..igt kan terpilih sendiri..hehehe..

17 September 2014 at 07:42

tahniah hasrat hati dah tercapai ek, best dpt beli dslr sendiri.. hihi

20 September 2014 at 08:28

Tahniah ek :)

21 September 2014 at 01:02

wah tahniah. semoga berjaya

peminat kpop rupanya

21 September 2014 at 07:44

moga terus istiqamah :)

23 March 2015 at 17:46

daripada doa kita dapat apa yg kita hajatkan disamping tu kna berusaha...tahniah atas pencapaian aiman ek..

16 September 2015 at 06:23

kesyukuran paling utama...masih bernafas di atas muka bumi Allah :) byk sebenarnya perkara yg kita patut syukuri, setiap hari ada je kan. teruskan bersyukur tau!

19 October 2015 at 01:47

lain syakartum laaziidan nakum walain kafartum inna 'azabi lashadiid...

teruskan istiqamah!

#dongibab

Post a Comment