The Versatile Blogger Award

Author: aiman mania | Publish 9/08/2014, 00:25 | There is 67 Comment[s]

Assalamualaikum..
Disebabkan susahnya nak datang idea untuk create entry baru , today , i decide to challenge myself to fulfill my friend blogger's request , SITI NURZAFIRAH  to join the most exciting activity that we called THE VERSATILE BLOGGER AWARDS!Thanks a million for nominated me , Such a big honor!




First at all , let me introduce you the pre-requisite that you need to follow to accomplish this mission!


✔ Thank the person who nominated you.
 ✔ Provide a link to the person's blog.
 ✔ Write 7 facts about yourself.
 ✔ Nominate 15 bloggers of your own and tell them.

Syarat pertama dan kedua dah aku penuhi dan syarat ketiga dan keempat akan menyusul kemudian!


FAKTA PERTAMA : Aku pernah berak dalam kelas

Kejadian sadis ini berlaku ketika aku berada di tingkatan satu dan masih aku ingat lagi ketika itu guru Bahasa Inggeris tengah mengajar.Disebabkan terlalu sakit perut aku minta izin ke tandas.Sewaktu di tandas , tetiba aku panik!Tali pinggang yang kupakai tidak boleh dipecat sedangkan bahan tinjaku meronta - ronta mohon disingkirkan segera.Dalam keadaan menggelabah , tanpa aku sedari benda alah itu sudah pon keluar.Meleleh - leleh!Hampir sejam aku meringkuk dalam tandas tunggu seluar sekolah yang aku basuh kering!tapi,tak kering - kering hinggakan classmate datang cari aku.Sampai di depan pintu kelas , aku dengan lurus bendulnya berkata "Teacher , saya berak!" disusuli gelak tawa manusia yang menganggap perkara itu lucu sedangkan aku malu T_T


FAKTA KEDUA : Lelaki , tetapi tak pandai main bola dan tak suka bola

Dah jadi sinonim , Lelaki dan bola berpisah tiada.Tapi , maaf itu bukan aku.Bagi mana - mana wanita yang menyenaraikan ciri - ciri lelaki idaman mereka yang suka main bola , dah sah - sah aku direject bermati - matian .Tapi , kalau sukan guna tangan such as Badminton dan bola tampar itu aku reti tapi lama dah tak main!

FAKTA KETIGA : Kepala gila - gila 

Harus aku akui , perwatakkan aku yang satu ini hanya terhad kepada mereka yang tertentu untuk situasi tertentu sahaja.Bila bosan datang , aku suka kacau orang.Semakin orang tuh marah , semakin suka aku menyakat .Makan maki - hamun tak apa , asalkan hati rasa puas bila tuntutan nafsu "gila-gila" dipenuhi.Aku penghidup suasana dengan telatah lucuku hinggakan bila aku tiada ,  kawan - kawan akan  rasa kehilangan. "Hurmmmm..tak sedaplah kalau Aiman takder"

FAKTA KEEMPAT : Suka subjek Bahasa Inggeris

Harus aku akui , masa sekolah rendah bahasa inggeris paling aku benci sebab kalau cikgu suruh tulis karangan tak sampai 120 patah perkataan memang wajib cikgu akan komen banyak - banyak aku punya writing skills!Kat kertas tak payah cakap lah.kadang - kadang , tulisan cikgu lebih banyak drpd tulisan aku.Lepas tuh , slow - slow aku mula belajar bahasa inggeris dngan tekun sekali.Alhamdullilah , dr UPSR hingga SPM aku dapat skor A dengan jayanya dan pernah bercita - cita nak sambung study dalam bidang TESL tapi tidak kesampaian.

FAKTA KELIMA : Pernah membuli dan dibuli 

Masa form 1 , aku seorang pembuli tapi dalam masa yang sama aku turut dibuli!Aku selalu kacau budak lelaki yang duduk sebelah menyebelah dengan aku.Zahir dan batin aku dera!Kadang - kadang aku cubit , lempang , penampar dan  kasi penumbuk sampai menangis - nangis.Dia tak melawan sebab tuh aku suka buli dia.Ada satu hari , aku demam teruk!Datang seorang kawan rapat yang juga seniorku menghalakan punggungnya lalu melepaskan kentut dimukaku . Ubat demam katanya.Sekarang , dah kahwin pon beliau!

FAKTA KEENAM : Skor 8A's 1B dalam PMR

Bukan nak membangga diri , apatah lagi menyeret sekali perasaan riak , takabbur , ghurur , sombong dalam diri.Ini kejayaan yang aku tak jangka sama sekali.Walaupon nama aku ditarget sebagai pelajar cemerlang sebelum PMR bermula tapi aku ragu - ragu , bolehkah aku cover semua 9 subjek?gembira bukan kepalang bila dapat panggilan telephone mengatakan yang aku best student PMR tahun 2008 SMK Renek!Hasilnya , aku mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan berpeluang untuk menhadiri temuduga BIASISWA BANK NEGARA MALAYSIA , tetapi , tidak berjaya .Kesudahannya , TELEKOM sudi untuk menawarkan scholarship dan aku terima dengan penuh rasa syukur!

FAKTA KEENAM : Pelajar jurusan Perbankan di Universiti Utara Malaysia

Untuk aku sampai ke tahap dimana aku berada sekarang , teramatlah sukar!Banyak kegagalan yang aku hadapi.Banyak dugaan yang terpaksa aku harungi.Banyak kesulitan yang aku tempuhi.Inilah pengalaman!Pengalaman yg sukar dijual beli sepanjang bergelar penuntut ilmu.Ingat lagi , masa STPM belum bermula , aku bermunajat,Aku berdoa dalam diam seusai solat.Aku ulang , ulang , ulang dan ulang saban hari

"Ya Allah!jika tiada rezeki aku dalam bidang sains yang aku idamkan , engkau berilah peluang untuk aku dalam bidang ekonomi , perbankan mahupun perakaunan"

See!Doaku diterima Allah.Permintaanku dikabulkan.Doa perlu diungkapkan dengan sespesifik yang mungkin!Oleh itu kawan - kawan jangan putus asa dalam doa .Jangan putus asa dalam memburu rahmat dan redhanya!sama - sama kita usahakan!moga Allah redha!

Dengan selesainya fakta ketujuh itu tadi , maka , sempurnalah misi THE VERSATILE BLOGGER AWARDS .Sekali lagi terima kasih banyak - banyak kepada blogger SITI NORZAFIRAH kerana sudi memberi peluang kepada diriku untuk menyertai segmen sebegini.Dapat juga aku berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekangkang kera dengan para readers.Saya berbesar hati ingin menjemput bloggers The white lily , Cik Mimie , Cik Nadyya , Mama Niza , Azwar Syuhada , Ana Lee , Teja Evalea , Noona Artiqa , Jari Manis , Ieka Farhana , Mardiah mardiana , Hajar Rash's , Scha Nazri , Sweet Pea , Fatin Shahirah , Sally Samsaiman .

Korang dah tahu perwatakkan si penulis blog , takkan korang nak tahu rupa dia plak kan...nah!I kasi dua gambar bonus :0


Addeihh As!Ko punya gambar..



Tader kena mengena dengan budak tuh . Jauh sekali ada tali hubungan cintan - cintun . Mohon dijauhkan lah...!HAHAHAHAHAHA :D

67 comments

8 September 2014 at 02:06

Hahaha. lucu .. tapi hebat jugak ..

Terimakasihh kerana telah mencalonkan ana, tapi ana baru ja buat baru baru nihh .. hehe. Kat sini..
http://funnyvelove.blogspot.com/2014/08/the-versatile-blogger-award.html

8 September 2014 at 02:07

Tak pandai main bola? Takpe. Tak penting pun. Bukan semua perempuan suka lelaki pandai main bola. Fakta kelima paling takleh blah. Hahahaa.. Senior memang camtu, nakal! :D

8 September 2014 at 02:44

err..first time dgr lelaki x minat bola.anyway, singgah follow sini..^^

8 September 2014 at 02:45

no.1 takleh bla..hahahaha

ehh da pena bt entry pasal ni..
jemput baca
http://loveneddy.blogspot.com/2014/08/7-things-about-cik-nadyya-versatile.html

8 September 2014 at 03:01

Assalamualaikum dan singgah ptg dik...first time ni akak tau ada lelaki tak suka bola...hehe....

8 September 2014 at 03:30

lek.. tak semua perempuan suka lelaki yang gila bola.. haha. tak main bola takpe, asalkan pandai main sukan lain... huish.. budak pandai ni....

8 September 2014 at 03:47

haha....yg first xle blah....anyway...Tq sangat tag ahkak....;)

8 September 2014 at 03:53

Terima kasih Aiman kerana calonkan nama akak JM utk award ni tetapi rasanya akak x layak..tak mampun nak kongsi 7 things about me tu..thnaks again...at least akak dpt kenal aiman pun dah cukup :-)

ehem2..asyik tempek gmbar bersama As je..ehh..betul ke tak de apa2,,aman tahu..2,3 tahun akan dantang kan heee

8 September 2014 at 04:20

mintak dijauhkan ye :) haha selalunya yang cakap camtu akan didekatkan :P

8 September 2014 at 04:20

mintak dijauhkan ye :) haha selalunya yang cakap camtu akan didekatkan :P

8 September 2014 at 05:33

Aimannnn! Thanks taw kata2 semangat bagi kat akak punya cbox tu. Terharu rasa. Ada jugak yg suka baca blog akak. hehe.

Pandai rupanya Aiman ni. Keep it up taw. Akak ni nasib lah dapat lepas 4 tahun kat UMP belajar chemical eng tu haa. Alhamdullilah.

Eh, akak dh buat dah pasal ni. nnti baca taw. pastu komen. hehe.

http://www.schanazri.com/2014/08/7-things-about-scha-nazri-versatile.html

Promise taw bacaa! :)

Akk dh masukkan Aiman dlm bloglist akak. Jgn lupa teruskan menulis tawwww!

8 September 2014 at 05:36

kali kelima kena tag...tak mampuu nak buat...hahahaha

ehem...nombor satu tu sadis...

congrats sbb dapat sambung degree...

As cantik kot...okay la tu :D

8 September 2014 at 07:27

eh eh ehhh uum! dekat je. bolehlah gi lawat xDDD hahaha. 8A? gulp.... kita 4A je bang .___. haishhh kening tu kan.. apa yang menggoda sangat

8 September 2014 at 07:48

hahaha.. fakta no 1 tu tak leh blah... simpan dalam kotak ingatan, nanti leh cita kat cucu cicit... hehe... haipp.. yg bwh tu salah eja nama akk.. T_T

8 September 2014 at 07:55

ubat demam terbaik lah. hikhik..

8 September 2014 at 17:59

UUM sama dgn adik yui skg =)

8 September 2014 at 18:36

Tahniah... bnyk juga yg dikongsi.. lucu sikit masa kat ting1

8 September 2014 at 19:32

Salam kenal, Aiman. Kak Farrah dtg balas kunjungan. Ketawa baca pengalaman no. 1 :)

9 September 2014 at 02:10

tak reti main bola sbb study hard sgt ke? pawer. haha

btw goodluck study :)

9 September 2014 at 05:28

Hai Aiman, zumal pun kurang minat pasal bola. Zumal dulu blaja kat UUM gak ^_^

9 September 2014 at 09:37

Salam pergenalan.. Nama Saya jalalboy dan Ini laman Web saya http://adf.ly/bC0Rz.. Harap jika ada salah silap dapat perbetulkan dan bantuan dapat diberikan http://adf.ly/bC0TQ

9 September 2014 at 19:42

All The Best Aiman ...
Kak Lya singgah dan follow sini ..Tq sudi Follow Blog akak ya .......

9 September 2014 at 20:50

ter.... dalam seluar? form 1? tak tau lah nak gelak atau rasa kesian sebenarnya ni -..-

9 September 2014 at 20:52

Thank tag Cik Mimie :) hehehe..Cik Mimie suka bola cm ne tu??huhu

http://norshamimi.blogspot.com/2014/08/7-thing-must-know-about-me-versatile.html

9 September 2014 at 21:11

semua fakta sangat menarik dan juga lucu.. congrate dear coz being award.. Done follow here to get ur latest update..

10 September 2014 at 02:26

mesti speaking cair niiii...

11 September 2014 at 07:36

Aiman nasib baik Ieka perasan kalau tak memang tatau btw Ieka dah siap entry tu


http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

nnt tag lagi tau :)

11 September 2014 at 08:43

yang no satu tuu. XD

11 September 2014 at 19:09

alamak, encem lah penulis blog ni.. tag mama ye.. insyaallah mama ada masa, mama update, terlebih sibuk.. hihi

11 September 2014 at 19:42

Salam Kenal Aiman.....
Suka tengok budak budak yg terer terer ni...Tahniah!
SPM dapat berapa Aiman?
Betul...doakan senjata umat Islam.....Ustaz kata berdoalah sambil menangis, meminta dengan bersungguh sungguh....Insyaallah.....

11 September 2014 at 23:19

salam. serius tak suka bola?? biar betul dik??

12 September 2014 at 01:05

1st time dtg singgah sini, suka baca entry ni, pengalaman yg melucukan, :)hehe

12 September 2014 at 02:34

Terbaekkkk fakta no.1 tu ;D hee

12 September 2014 at 16:44

wahhh..sy suka btol lelaki yg tk suka bola ni sbbnye sy paling bosan bila tgok bola, dgr org citer psl bola n so on. so in future mmng araplah akn jumpa lelaki yg tk minat bola ni..hehehehe

12 September 2014 at 20:22

thumbs up...

12 September 2014 at 20:30

Wuuu bola tampar. My fav. Part kentut tu tak boleh bla lah xD HAHAHA. Hm. White-nya muka :O

13 September 2014 at 06:05

eh kita geng dalam dua fakta di atas.. pertama, husna pon tak minat bola sebab tak reti tgk, family semua kaki tgk bola, kita jgak sengsorg tak layan.. pelik jugak perempuan skarang tak layan bola sbb rata2 semua bleh join llaki dah layan kat mamak..:D

fakta kedua, husna pon jurusan perbankan di uitm merbok tp baru diploma lah..hahaha..

13 September 2014 at 08:18

fakta #1 tu seriyes kelakar betol la aiman hehe opss sori hehe

lelaki tak suka bola -- normal je. cuma bila JARANG yg ada, itu yg buat kita rasa mcm lain maciammm hehe tp ok je

kepala gila-gila lagilagilagilagila *mcm lagu stacy tu* hehe

suka english jugak ! hehe

skor 8A's ! wow padu sunggoh tu! ;)

owhh kat UUM skrg ea? study bebaik tau aiman. make ur famly proud ;)



Salam kenal,
Anamizu :)

13 September 2014 at 20:24

Kak ros singgah dan follow sini :)
tak pandai main bola, tak ape. banyak lagi sukan yang boleh diceburi kan :)

14 September 2014 at 01:43

Eh, mcm padan je, mcm comel je... hahah, salam kenal dik, kochi wa plain-san desu~ ;3

14 September 2014 at 05:50

salam perkenalan aiman... :)
tak per dik... kesusahan/kesulitan tu adalah pengalaman yang paling berharga buat kita... ianya akan membuatkan kita lebih tabah dan berani kedepan... :)

14 September 2014 at 09:20

wow..hebat! good luck dalam apa jua bidang k..

14 September 2014 at 18:11

sggh isnin naaa..

14 September 2014 at 18:23

hahaha, fakta pertama tu macam pernah jadi kat saya jugakk.. tapi diam2 suda.. hehe.
amboi siap mintak dijauhkan, takut t yang taknak tu laa melekat. amiinn.. hahahahaha *gelak jahat*

14 September 2014 at 19:12

wah wahhh.. heehheh :) menarik menarik

14 September 2014 at 22:46

Anda di tag...
http://juearel.blogspot.com/2014/09/liebster-award-tag-by-rrsya-eyrdina.html

15 September 2014 at 20:52

Oke. Yang part berak tu memang kelakar sangat. Hehehe

16 September 2014 at 01:28

hehehe..thumbs up utk no satu tu :p

16 September 2014 at 04:38

ala tercirit tu tak sengaja,kalau terjumpa teacher tu mesti malu2 lg kan? hehe

btw,bagusla sambung belajar.lelaki nisbahnya amatlah sedikit kat ipta sekarang ni.. jd belajar la bsungguh okay?! :)

16 September 2014 at 08:19

Aiman, akak tag Aiman :)
Liebster Award #3 Tagged by Hidayu Ayumie

17 September 2014 at 04:38

aduhhh.. fakta yg pertama tu xD hebatlah aiman dpt best student pmr 2008

17 September 2014 at 22:22

Selamat berkenalan aiman...jom singgah blog Acik

http://acikwatie.blogspot.com/

20 September 2014 at 09:33

Haha.. lawak :D Gelak guling-guling *tak elok punya perangai* hehe.. Eh terbalik =,= orang kata perempuan lebih kepada sukan yang guna tangan kan.. tiap kali main bola tampar ka.. bola baling ka.. kaki ty keluar =,= Genius la tuan punya blog ni ^^

21 September 2014 at 01:00

wah bagai pinang di belah dua hehe

21 September 2014 at 07:40

tak minat bola, gila-gila, pandai. haha. memang versatile award ni sesuai untuk aiman :)

21 September 2014 at 19:05

nanti citer la lgi pasai uum lamanya la tak kesana.... already follow *887 ;)

23 September 2014 at 05:49

tahniah aiman. tak sangka ko hebat jugak

25 September 2014 at 06:57

fakta ke 3 dan ke 5 tu kita sama la.. heheh. dr sekolah buat smpai skrg

26 September 2014 at 06:55

Huhu.. Memang versatile. (y) Btw, thanks wish~ ^^

2 October 2014 at 06:39

Jarang lelaki tak suka bola kan??? Budak pandai rupanya nih....
BTW, thanks for visit mine.... :D

20 March 2015 at 22:39

ekeke.. sy pon minat english ;D esei bm pon minat juga. sy pn pmr 1B but takde la budak cmerlang :3

22 March 2015 at 07:23

amboi PMR tahun 2008? muda bebenor aiman ni. Tira ni dah taraf hakak2 gitu. tapi hati muda. haha! ok, fakta pertama kita adalah SAMA!!

23 March 2015 at 23:46

suka gambo yg pakai swater merah tu.. mcm pelakon dik oi..

4 September 2015 at 07:57

haha lucu.. xpe.. xsemua laki pandai main bola.
JOM FOLLOW SAYA

13 September 2015 at 22:54

Akak cuba cover ni agar gelak pun bunyi sopan aje. Macamana ni Aiman... (ke Leman sekarang?) katanya pembuli. Tak kelakar tau pembuli terberak kat sekolah! Malu seyh. Tapi memanglah pada yang tak kena perkara tu kelakar. Tak ke kawan-kawan sekolah dulu bila mengingat sejarah zaman sekolah dok ingat tang tu juga ^_^

5 October 2015 at 09:39

hahaa entry ko buat mommy gelak dalam diam sebab dah pagi buto ni kang ada yang kata mommy sewel plak gelak...keep it up! mmg sempoi abis ko ni.

19 October 2015 at 01:36

tak suka bola??? mmmm kontras dgn sy tu

Post a Comment